Salam 21 Ramadan buat semua. Penulisan ke-2 buat hari ini. Aku nak review filem 7 Petala Cinta lakonan Aeril Zafrel, Fizo Omar, Diana Amir, dan Shima Anuar.
Judul Filem : 7 Petala Cinta.
Tarikh Tayangan : 15 March 2012.
Filem Terbitan : MIG (Metrowealth Pictures Sdn Bhd)
Hahaha..ketinggalan zaman betulkan aku ni. Filem dah berkurun berada dipasaran, tapi baru nak buat review.
Okay fine..nak buat macam mana. Nak tengok di pawagam. Aku ni bukan dari golongan yang duit berkepok-kepok dalam poket. Jadi aku mengharapkan orang yang dah beli CD/DVD and aku pinjam dan tengok ler. Jimat duitkan. Okay dah stop merapu, dan mari teruskan dengan review aku ni.
7 Petala Cinta.
Cerita yang berkisarkan Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita. Sesungguhnya cinta si Attar (Aeril Zafrel) kepada Saida (Shima Anuar) sungguh mendalam. Di mana Attar sanggup menerima kembali Saida, selepas Saida menuturkan kata-kata nista kepadanya (part Attar kena tangkap basah dengan Nida).
Manusia macam awak ni. Kalau dah berbau busuk. Pakailah wangian banyak mana sekalipun. Akan tetap berbau macam bangkai. [via dialog Saida]
Wah-wah..sesedap mulut jer ya Saida menuturkan kata-kata nista sebegitu rupa. Sepatutnya siasatlah betul-betul baru menjatuhkan hukuman. Kerana apa yang dilihat bukanlah yang tersurat dan pasti ada penjelasan yang tersirat.
Cerita ini juga merupakan cerita yang begitu mengagungkan Cinta di mana terdapat beberapa babak yang jelas menunjukkan Cinta itu adalah antara harta yang teragung pernah dimiliki oleh manusia.
Cinta Bukan Melemahkan, Tapi Menguatkan. Cinta Juga Bukan Menyedihkan, Tapi Menggembirakan. [via dialog Hamka (Fizo Omar)]
Ya Allah, Peluklah Hati Ini Ya Allah. Disaat Aku Mulai Rasa Gelisah. Dalam Penantian Penuh Kesabaran Ini. Rindu Ini Kerana Mu Ilahi. [via dialog Saida]
Jalan cerita yang berkaitan Cinta dibahagikan kepada 2. Iaitu Cinta kepada Allah dan juga Cinta kepada Insan.
7 Petala Cinta juga membawa konsep Islamic. Di mana terdapat beberapa babak lakonan yang menyentuh perkara berkaitan agama dan mempunyai ciri-ciri Modern Islamic Drama. Perhatikan dialog dibawah.
Mana Ada Penjenayah Yang Masuk Ke Rumah Allah. Yang Masuk Ke Rumah Allah Ini. Orang Baik-Baik, Orang Yang Mencari Keredhaan Allah. Orang Yang Menjunjung Titah Perintah Allah. Orang Yang Masuk Ke Rumah Allah Ini. Orang Yang Mahu Membersihkan Diri Dan Bertaubat Kepada Allah. Sesiapapun Yang Masuk Ke Rumah Allah Ini. Dia Sebenarnya Adalah Tetamu Allah. [via dialog Abi]
Sebesar Manapun Dosa Yang Kita Lakukan. Sesungguhnya Pengampunan Allah Itu. Seluas Langit Yang Tidak Bertepi, Seluas Lautan Yang Tidak Berpenghujung.
Kalaulah Semua Jalan Tertutup Untuk Mu. Carilah Jalan Allah. Kerana Jalan Allah Itu, Seluas 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi.Ada beberapa lagi dialog dalam cerita ini yang boleh dimanfaatkan buat semua yang menontonnya. Antaranya ialah:
Masa Depan Itu Milik Allah. Kita Tak Tahu Apa-Apa Pun.Sya Ataupun Cik Tak Tahu Pun Apa Akan Berlaku Kejap Lagi. Percayalah, Allah Takkan Membiarkan Kita Sekelip Mata. Sedangkan Permintaan Iblis Yang Paling Ingkarpun Allah Makbulkan. Apatah Lagi, Kita Hamba Yang Kekurangan Ini. [via Fakarudhin Attar (Aeril Zafrel)]
Semua Ini Mengajar Diri Kita Untuk Mengenal Diri Dengan Hati Yang Ikhlas. Hanya Orang Yang Berjiwa Besar Sahaja Yang Berani Mengaku Kesilapannya. Pengalaman Itu Adalah Guru Sejati Untuk Kita. Apapun Yang Terjadi, Itu Semua Takdir Allah Yang Harus Kita Terima Dengan Dada Yang Lapang. [via Fakarudhin Attar (Aeril Zafrel)]
Pengajaran Yang Diperolehi.
Okay dari apa yang aku nampak melalui cerita 7 Petala Cinta ini adalah Jangan sesekali kita menuturkan kata-kata nista kepada pasangan kita. Ini kerana jika kita tersilap. Apa yang kita katakan itu akan kembali semula kepada kita. Ibarat kita menjilat semula ludah yang telah kita semburkan (What you give, you'll get back).
Cerita ini juga mengajar kita supaya kembalilah ke jalan Allah jika semua jalan ataupun lorong telah ditutup buat kita. Kerana jalan Allah itu sentiasa terbuka buat kita semua selagi kita mahukannya.
Kita juga tidak digalakkan untuk menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Part yang ini memang banyak berlaku di masa kini. Terutama di facebook (orang yang berdakwah di facebook).
Dalam cerita ini juga. Membawa mesej, kalau kita dah suka dan cinta pada seseorang. Just luahkan sahaja. Sama ada cinta kita itu diterima ataupun ditolak, itu belakang cerita. Selagi kita tidak mencuba. Mana kita nak tahu hasilnyakan.
Rating For 7 Petala Cinta.
Lakonan : 10 Bintang.
Jalan Cerita : 9.5 Bintang.
Mesej Yang Nak Disampaikan : 10 Bintang.
Rating Pelakon 7 Petala Cinta.
Aeril Zafrel [Fakarudhin Attar] : 10 Bintang.
Fizo Omar [Hamka] : 7 Bintang.
Diana Amir [Hilma] : 6 Bintang.
Shima Anuar [Saida] : 8 Bintang.
Source: MIG Online & Google Image.
Post a Comment