Salam 18 Ramadan buat semua. Hari ni aku nak bercerita pasal "Should I Follow You ?". Ini adalah merupakan penulisan yang bersangkut paut dengan penulisan yang sebelum ini. Itu pun kalau u all ingat lagilah. Kalau tak ingat, meh aku bagi ingat sikit.
Okay, sebelum ni aku ada berkongsikan dengan u all pasal konsep "I Follow You, You Follow Me Back"..hah dah ingat ke belum ? Kalau tak ingat lagi. Klik jer situ dan baca.
Penulisan kali ni lebih kepada untuk menerangkan pendirian aku berkaitan konsep berkenaan. Sebab kebelakangan ni aku ada join beberapa segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger lain. Tetapi adalah segelintir daripada peserta segmen berkenaan yang bertandang ke blog aku ni. Sesuka hati jer nak suruh aku follow back blog mereka tu.
Aku tak paksa u all pun nak follow blog ni. Terpulang sama ada u all nak follow ataupun tidak. Tapi janganlah sesuka hati nak suruh orang follow back blog u all tu. Ini kerana aku ni memang cerewet dalam memilih blog yang aku nak follow.
Kebiasaannya aku menetapkan beberapa kriteria terhadap blog yang aku nak follow tu. Antara kriteria yang aku akan pertimbangkan adalah:
- Design Blog - Kalau penampilan sesuatu blog tu hancur macam kena bombastik. Memang aku takkan follow. Sebab aku memang jenis yang memandang pada design sesuatu blog. Dan memang perkara pertama yang aku nilai & lihat adalah penampilan blog itu. Kalau kemas, teratur, dan sejuk mata memandang. Aku akan tengok pada point yang lain pula.
- Kekemasan - Point yang ini pon aku amat titik beratkan dalam pemilihan untuk follow sesuatu blog. Biasanya masalah berkaitan point ini adalah "Too Much Advertisement Banner", yang ni memang melambak blog yang aku jumpa. Blog penuh dengan iklan, atas bawah / kiri kanan / tengah semua iklan. Dah tiada rupa blog pun ada.
- Loading Blog - Ini pun aku ambil kira juga. Tapi point yang ni aku taklah strict sangat. Sebab aku tahu. Kadar kelajuan internet di Malaysia ni tak der lah hebat mana kan.
- No Valuable Article - Yang ini pun merupakan salah satu favourite aku bila nak membuat keputusan sama ada nak follow ataupun reject jer. Biasanya aku prefer blog yang mempunyai banyak tutorial dan tips berkaitan blogging. Paling banyak biasanya blog-blog luar negara. Sebab aku ni memang jenis yang suka explore tutorial. Tak kiralah walaupun tutorial tu dalam Bahasa Inggeris.
Setakat ini, itu jelah kot antara kriteris-kriteria yang aku peruntukkan untuk follow sesuatu blog. Sebenarnya selepas blog pertama aku dihancurkan oleh ombak rindu. Aku sudah tidak mengamalkan konsep "I Follow You, You Follow Me Back".
Bukanlah aku ni sombong or berkira pasal konsep "I Follow You, You Follow Me Back". Cuma sekarang ni aku telah mengamalkan konsep blogging Professional (walaupun aku tak der ar pro mana kan). Dalam erti kata lain. Aku sekarang mengikut arus perubahan dunia blogging. Maklumlah aku dah berblogging ni 2 tahun lebih. Takkanlah aku nak amalkan konsep yang sama selama-lamanya kan.
Dunia blogging ni makin hari makin pesat membangun dan berkembang. Jadi kita kenalah alert dengan perkembangan semasa. Sekian, itu sahaja tazkirah dari aku.
Post a Comment