RealPTR is Scammed

July 22, 2012

Buat mereka yang aktif mencari sumber kewangan alternatif melalui internet. Mesti anda pernah mendengar tentang program PTC/PTR. 

Okay kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua berkaitan penipuan sebuah laman PTR yang dikenali sebagai RealPTR.com (100% SCAMMED).

Kenapa saya kata site RealPTR ni penipu ?

Okay, kalau diikutkan terma site berkenaan. Mereka menyatakan setiap "Cashout" akan dibayar dalam tempoh 30 hingga 90 hari bekerja dan ahli wajib aktif mengklik iklan dalam tempoh berkenaan. Tapi lepas tunggu punya tunggu. 1 sen pun mereka tidak bayar. Saya buat 3 kali cashout. Sebab minimum cashout bagi free member adalah $20,000.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada semua "Online Money Hunter". Jauhilah diri anda dari laman RealPTR dan sekutunya (semua website yang dipromote oleh RealPTR pun adalah SCAMMED). 

My Opinion About PTR/PTC Program:

Saya merupakan salah seorang yang aktif mencari sumber pendapatan secara online dan masih lagi aktif sehingga sekarang. Tapi kita kena sedia maklum. Bukan semua program/website berbentuk PTR/PTC itu LEGIT. Boleh dikatakan hampir 95% website ataupun program begini adalah SCAMMED.

Sebabnya saya sendiri dah tertipu dengan banyak laman web PTR/PTC. Ini kerana bukan mudah hendak mengenali samada website PTR/PTC itu adalah scammed. Kalau anda tidak percaya anda boleh cuba mencari info berkaitan RealPTR ni sama ada mereka ni scammed atau pun tidak.

Sudah pasti anda tidak akan jumpa 1 pun review yang mengatakan website RealPTR ni adalah scammed. Kalau ada yang meyatakan ianya scammed pun, itu pun dibahagian komen tanpa sebarang bukti kukuh.

Jadi saya berkongsi dengan anda semua berkenaan penipuan RealPTR.com. Harap review ini dapat membantu anda semua. Kalau nak cari duit dari website yang betul-betul bayar. Anda boleh daftar dengan 2 website PPC dibawah :
  1. Says.com
  2. Churp-Churp.

Post a Comment

 

Artikel Terkini