I Follow You, You Follow Me Back

July 21, 2012

Herm...teknik blogging yang dah lama ditinggalkan. Dulu rajinlah juga guna teknik ni. Maklumlah time tu baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ni.

Tapi sekarang dah tak amalkan teknik tu lagi. Sebab pada saya ianya tiada faedah pun. Bayangkan kita follow blog orang lain, lepas tu tanpa segan silu meninggalkan pesan menyuruh owner blog yang kita follow tadi supaya follow blog kita kembali. Dari situ jer dah memperlihatkan ketidak ikhlasan kita follow blog orang.

Cuba tanya pada diri sendiri. Apa tujuan sebenar kita follow sesebuah blog ?

Bukankah tujuan kita follow sesebuah blog adalah disebabkan kita nak dapatkan perkembangan terkini dari blog berkenaan.

Terus terang saya katakan. Saya takkan follow blog yang tidak memberikan manfaat kepada saya. Dalam erti kata lain. Saya hanya akan follow blog yang betul-betul saya nak follow. Kalau setakat follow sesuatu blog sekadar nak meramaikan follower blog kita. Memang saya takkan buatlah.

Yes, memang dulu saya pun menggunakan teknik tu. Tapi itu dulu, sewaktu baru baby lagi dalam dunia blogging. Tapi sekarang tidak lagi. Jadi berhentilah berharap untuk saya follow blog anda kembali. Biasanya saya akan lihat dulu sesebuah blog tu dari segi penampilan dan isi blog.

Sebenarnya tidak digalakkan pun follow blog orang secara membabi buta. Sebab kita akan berdepan dengan masalah seperti blog diserang "Malware (virus di alam cyber).

Bukanlah saya nak kata teknik tu salah. Teknik tu tak salah pun. Cuma kita kena lihat juga perkembangan semasa arena blogging pada masa kini. Kalau dulu memang teknik ni cukup popular. Tapi di masa kini, ia sebenarnya dah tak relevan lagi pun. 

Bahkan penulis-penulis blog sudah tidak menyokong lagi penggunaan teknik ini. Biasanya penulis blog di tahap semi-pro dan pro. Dua golongan penulis blog ini memang anti dengan teknik ini. Walaupun mereka pernah mengamalkan teknik ini sewaktu mula berkecimpung dalam dunia blogging.

Sebenarnya saya lebih suka kalau orang follow blog saya kerana mereka suka dengan penulisan saya. Saya lebih rela hilang pembaca blog, yang hanya follow blog saya semata-mata nak saya follow back blog mereka.

Apa-apa pun. Setiap orang yang berblogging mempunyai:
  1. Pandangan dan pendapat mereka sendiri.
  2. Style berblogging yang tersendiri.
  3. Penerimaan dan penolakkan yang tersendiri.
  4. Pemahaman yang tersendiri.
  5. Kehebatan berblogging yang tersendiri.
  6. Minat yang tersendiri.
  7. Dan lain-lain lagi.
Apa-apa pun saya ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat semua yang sudi follow blog picisan saya ini serta yang sudi membaca penulisan yang tidak seberapa bagus ni dan i luv your comment. Happy Blogging to all of you....

Post a Comment

 

Artikel Terkini