Mengatasi Masalah URL not Found

July 23, 2012

Pernah tak anda mengalami masalah URL not Found Error 404 pada blog anda?
Masalah URL Not Found ERROR 404 ni kebiasaannya boleh diperiksa di "Webmaster Tools" melalui dashboard blog anda.
Overview > Webmaster Tools > Health > Crawl Error
Apa punca sebenar URL Not Found ERROR 404 ?

Kebiasaannya masalah ini berpunca dari:
  1. Perubahan url sesebuah artikel.
  2. Artikel yang sudah didelete dan URLnya sudah diremove. 

Penyelesaiannya Kepada Masalah URL Not Found:

Jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan membuat "Custom Redirects". Kiranya kita mengubah haluan url/link not found kepada mana-mana url/link yang available seperti pointkan url not found kepada page site map.
Settings > Search Preferences > Custom Redirects.

Yang bertanda merah itu adalah merupakan url not found. Anda cuma perlu copy bahagian belakang (yang dihighlight berwarna merah) sahaja seperti dibawah ini:
From: http://www.nama-domain-anda.com/2012/07/tajuk-artikel-not-found.html
Pastikan anda paste bahagian url not found seperti diatas dibahagian "From:", bahagian hadapan url tidak perlu dimasukkan. Kerana ianya sudah disetkan disitu. Anda cuma perlu copy & paste seperti dalam contoh itu sahaja.

Pada ruangan "To:" pula, anda perlu paste kan url artikel ataupun page yang hendak dijadikan target. Dalam erti kata lain. Bila visitor mengklik url not found, mereka akan dibawa kepada artikel/page yang dipointkan pada settingan tadi. Contoh seperti dibawah ini:
To: http://www.nama-domain-anda.com/p/site-map.html
Sama sahaja seperti sebelum ini. Hanya copy bahagian yang berwarna merah itu sahaja. domain name tidak perlu dimasukkan sekali.

Sila pastikan anda menandakan (tick) pada kotak "Permanent". Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah URL Not Found berulang kembali. Bila sudah selesai dengan langkah-langkah diatas. Boleh teruskan dengan mengklik SAVE.

u/p: Pastikan anda menandakan "Problem Fixed" di Webmaster Tools.

Post a Comment

 

Artikel Terkini