Ramadan Blogwalking Yang Annoying

July 25, 2012

Ramadan Blogwalking by SembangCyber.comPermulaan Ramadan hari yang ke 5 dimulakan dengan sesi "Ramadan Blogwalking by SembangCyber.com". By the way hari ni saya berjalan-jalan dengan menggunakan bantuan list blog para peserta Segmen: Promote Blog By Jal.

Terdapat 67 blog di dalam senarai tersebut. Tetapi cuma beberapa buah blog sahaja yang saya tinggalkan komen dan saya follow blognya. Selebihnya tu sekadar pandu lalu jer.

Kenapa yang selebihnya tu sekadar pandu lalu jer ?

Mudah dan simple jer. Rasa-rasanya dah banyak dah penulisan berkaitan kenapa orang susah nak melekat di sesebuah blog. Di bawah ni antara sebab kenapa saya sekadar pandu lalu jer:
  1. Design blog yang menghilangkan selera untuk saya melekat disitu. Biasanya design yang berterabur dan owner blog seolah-olah buta design kot.
  2. Terlalu banyak bebeno iklan yang bergantungan macam orang bunuh diri pon ada. Yang menghairankan saya, mereka semua tu tak tau ke jika terlalu banyak iklan dalam blog boleh mengganggu perhatian pelawat untuk membaca artikel.
  3. Auto-play music, yang ni memang tak boleh blah wei. Memang biasanya blog-blog yang ada widget ni. saya terus klik [x] jer. Nak-nak lagi kalau widget music tu susah giler nak jumpa dimana kedudukannya.
  4. Blog tiada isi. Dalam erti kata lain, tak der apa yang boleh kita dapatkan dari blog berkenaan.
So far itu jerlah point-point yang membuatkan saya annoying ketika berblogwalking. Nak buat macam manakan. Setiap penulis blog mempunyai citarasa dan cara yang tersendiri untuk berblogging.

Tapi disini ingin saya kongsikanlah sedikit tips blogging. Kita kalau nak berblogging kenalah mengikut perkembangan terkini dunia blogging. Jangan terlalu syok sendiri. Sebab dunia blogging ni luas dan banyak lagi yang perlu diterokai.

Melalui sesi blogwalking tadi. Saya dapati, masih ramai lagi blogger Malaysia yang malas nak mendesign blog mereka. Saya pasti alasan utama yang akan diberikan adalah "Saya BUTA IT".

Kalau BUTA IT. Macam mana pula u all buat blog erk ?

Takkan minta tolong dengan jin kot !!!. By the way, kalau dah tahu kurang ilmu berkaitan blog. Kenalah rajin-rajinkan diri merayau-rayau di Teratak Mr & Mrs Google kita tu. Melambak-lambak tutorial ada di sana. Tinggal cari dan praktikkan jer.
Blogging its not all about writing

Post a Comment

 

Artikel Terkini