Custom Permalinks For Blogspot

July 20, 2012

Awal tahun 2012. Pihak Google (Blogger/Blogspot) telah melancarkan fungsi terbaru buat pengguna Blogspot. Fungsi tersebut merupakan ciri SEO terbaru yang di aplikasikan oleh Google (Blogger/Blogspot). Ianya diberi nama "Permalinks or Custom Permalink).

Mesti ada yang pelik. Sebab fungsi berkenaan baru sahaja kelihatan di ruangan "Post Settings" sekitar bulan Julai 2012.

Ya ianya memang baru kelihatan sekarang. Ini adalah kerana ianya telah dilancarkan di "Blogger In Draft" sebelum ianya dilancarkan secara rasminya kepada semua pengguna blogspot.

Menukar Permalink Post

Jika anda nak menukar URL Post (Permalink). Anda cuma perlu klik Permalink di Post Setting dan pilih Custom URL. Contoh:
http://www.yourdomainname.com/2012/07/custom-url.html
Yang berwarna merah itu saja yang perlu ditukar.

Jika permalink yang anda taip sudah wujud. Pihak Blogger akan memberikan URL cadangan percuma buat anda.

Karakter yang dibenarkan untuk Custom Permalink adalah a-z, A-Z, dan 0-1. Karakter simbol yang dibenarkan hanyalah underscore ( _ ), dash ( - ), dan period (yang ni saya tak sure simbol apa he3).

Fungsi permalink ni sesuai buat penulis blog yang suka bermain dengan SEO.

psst..Blogger ni makin lama makin mengikut trend WordPress. Semua fungsi yang ada pada WordPress semua nak diikutnya. By the way, okay lah tu kan.

Original Source: Blogger Buzz.

Post a Comment

 

Artikel Terkini