Showing posts with label Zone Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Zone Kesihatan. Show all posts

Dah Habis Sekotak, Tapi Tiada Perubahan Pun.

May 30, 2012

Artikel kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda. Berkaitan isu sesetengah pengguna yang menggunakan produk rawatan secara dalaman. Merungut bila mereka tidak memperoleh hasil yang mereka inginkan terhadap produk rawatan yang diambil.

Di sini kita akan ambil contoh produk rawatan dalaman untuk "JERAWAT". Iaitu DR-II keluaran Herba Prima Marketing milik Dato Dr. Rozmey.

Kenapa tiada perubahan selepas habis sekotak?

Buat pengetahuan semua. Produk rawatan secara dalaman kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan ataupun hasil yang positif jika hendak dibandingkan dengan produk yang merawat secara luaran. Ini kerana produk rawatan secara dalaman juga dikenali sebagai "Soft Healing" dimana produk berkenaan menjalankan fungsinya secara lembut.

Kebiasaannya jika produk yang digunakan tidak memberikan kesan yang positif. Ini adalah disebabkan kita perlu mengambil produk berkenaan secara konsisten dan berterusan. Apa yang paling penting adalah, kita perlu menjaga pantang larang yang berkaitan dengan produk yang diambil.

Biasanya ramai pengguna yang memandang remeh akan pantang larang yang diberi. Biasalah tu, bukan semua mampu menahan diri dari melanggar pantang larang. Termasuklah saya sendiri. Tetapi kita harus belajar untuk mematuhi pantang larang jika inginkan hasil yang positif. Tidak kiralah apa pun produk yang kita ambil. Jika pantang larang tidak diamalkan. Apa yang kita buat hanyalah sia-sia sahaja.

Apa patut saya lakukan?

Anda perlu meneruskan pengambilan produk rawatan berkenaan secara berterusan sehinggalah ianya memperlihatkan hasilnya.

Saya sendiri sudah masuk kotak yang ke-3 (DR-II) dan bakal menempah lagi DR-II untuk stok bulan seterusnya. Ini kerana hasil yang saya perolehi telah menunjukkan tanda-tanda perubahan yang positif. Dan saya berhasrat ingin meneruskan lagi pengambilan produk DR-II sehinggalah wajah muka saya kembali seperti ketika saya berusia 12 tahun.

Ini kerana diusia saya 12 tahun muka saya masih elok dan muka saya mula berjerawat bermula pada usia 13 tahun.

Sebenarnya apa yang diperlukan untuk merawat kulit muka yang berjerawat ini adalah:
  1. Niat.
  2. Tekad.
  3. Usaha.
  4. Berulang & Berterusan.
  5. Komitmen.
  6. Kesabaran.
  7. Kepatuhan (Berkaitan pantang larang).
Jikalau tiada 7 yang diatas. Memang susah nak memulihkan kulit muka yang berjerawat kepada kulit muka yang kita inginkan. Ingat...tiada apa yang mustahil didunia ini. Hanya orang yang bodoh sahaja hanya tahu menunggu penyelesaian datang bergolek kepada mereka. Dalam dunia ni tiada apa yang akan datang kepada kita jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.
{ 0 ♥ comment }

Tips Mengurangkan Jerawat

May 1, 2012

Rasanya ramai yang mengalami masalah "JERAWAT" di muka. Rata-rata individu yang mengalami masalah jerawat amat runsing dan tertekan dengan masalah jerawat yang dialami.

Ini termasuklah saya juga. Saya mula mengalami masalah jerawat, bermula dari sekolah menengah semasa berada di Tingkatan 1. Waktu itulah jerawat mula tumbuh dimuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Kalau diikutkan, mana ada manusia yang mahu mukanya berjerawat. Setiap orang mahukan wajah yang cantik jelita termasuklah saya. Hari ni saya nak kongsikan sedikit tips untuk mengurangkan jerawat.

Tips Mengurangkan Jerawat:

  1. Elakkan memakan makanan laut (seafood). Kenapa & mengapa tu saya tak berapa nak pasti sangatlah. Sebab setiap kali saya mencuba mana-mana produk kesihatan. Mesti ada pantang larang berkaitan seafood ni. Maka kita ikutkan jerlah ya.
  2. Elakkan berada di kawasan bersuhu tinggi. Dalam erti kata lain, kawasan bercuaca panas/suhu panas. Ini kerana bila kita berada dikawasan panas. Suhu tubuh badan kita akan meningkat & peluh yang banyak akan keluar. Bila peluh dah banyak keluar, maka muka pun berminyak. Jadi tumbuhlah jerawat yang tidak diingini. (Betul atau tak..yang ni pun saya kurang pasti). Sebab kebanyakkan kes muka berjerawat ni berpunca dari muka yang mengeluarkan minyak berlebihan.
  3. Elakkan mengambil makanan yang berminyak. Kalau boleh nasi minyak pun elakkanlah ya. Bila pergi majlis kahwin, elok makan nasi putih jer.
  4. Banyakkan minum air masak/kosong.
  5. Rajin-rajinlah basuh sarung bantal, selimut, dan cadar tilam.
  6. Jangan pecahkan/picit jerawat yang tumbuh. Seelok-eloknya biarkan jerawat tu kering/pecah dengan sendirinya.
  7. Elakkan menggunakan produk berasaskan GAMAT. Sebab ianya tidak berkesan pun untuk mengurangkan jerawat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Penggunaan produk berasaskan GAMAT hanya akan menambahkan lagi masalah jerawat anda. (Bergantung kepada individu. Kerana ada individu yang alergik dengan produk GAMAT termasuklah saya & family).

Ekstra Tips:

  1. Buat rawatan muka di Pusat Rawatan Muka/Kulit (eg: NewYork Skin Care). Tapi kena sediakan ekstra $$$$.00 la. Sebab kebanyakkannya memang mahal dan mempunyai caj-caj tersembunyi.
  2. Cuba produk-produk rawatan jerawat yang berada dipasaran. Tapi kena pandai pilihlah, sebab takut salah pilih. Lain pula yang jadi nanti. Tapi saya cadangkan cari produk yang mempunyai testimoni. (eg: dR Product (Dr Rozmey) & lain-lain.

Perkongsian Bersama:

Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang mencuba produk-produk kesihatan. Sebab saya pernahlah juga terjumpa beberapa testimoni yang mengatakan bila mereka mencuba sesuatu produk jerawat. Ianya tidak memberikan hasil yang mereka ingini.

Okay, sebenarnya produk jerawat ni ada 2 jenis iaitu:
  1. Produk yang merawat secara luaran (eg: krim muka, pencuci muka, krim malam, krim siang, & lain-lain).
  2. Produk yang merawat secara dalaman (eg: serbuk untuk diminum, pil, & jus).
Produk yang merawat secara luaran ni kebiasaannya mengambil masa yang pendek untuk menampakkan hasilnya. Kerana produk ini digunakan secara direct keatas kulit jika dibandingkan dengan produk yang merawat secara dalaman yang mengambil masa yang agak lama untuk memperlihatkan kesannya. Sebab produk yang merawat secara dalaman tidak digunakan secara direct keatas kulit, sebaliknya ianya merawat secara dalaman dan ianya juga mengambil masa untuk diserap oleh tubuh. Bahkan ianya juga bergantung kepada penerimaan tubuh dengan produk yang diambil.
Jika anda menggunakan produk rawatan jerawat. Anda perlu mengambilnya secara konsisten dan berterusan. Jangan mudah berputus asa jika pengambilan pertama tidak memberikan hasil yang diingini. Ini kerana kebiasaannya produk-produk rawatan jerawat mengambil masa untuk memperlihatkan hasil yang positif kerana ianya bergantung kepada beberapa faktor:
  1. Keserasian produk dengan tubuh pengguna.
  2. Tahap penyakit / keadaan kulit.
  3. Etika pengambilan produk rawatan & amalan pemakanan. 
Disarankan mengambil produk rawatan jerawat pada waktu malam. Iaitu sebelum tidur. Ini kerana menurut kajian pakar. Tahap pH kulit pada waktu malam adalah lebih rendah berbanding jika mengambil produk rawatan jerawat pada waktu siang.

Nota Kaki:

Saya adalah merupakan ahli Herba Prima Marketing yang sah. Jika anda ingin mencuba produk dR. Silalah hubungi saya melalui contact us, facebook, Google Plus, & Twitter. Klik sahaja ikon laman sosial di sidebar (kanan). Jika mahukan respond yang pantas, boleh add saya di facebook.
{ 0 ♥ comment }

Mencuba Produk Keluaran Dr Rozmey.

April 10, 2012

DR-IIWah dah lama rasanya blog ni tak berupdate. Maklumlah saya ni bukannya obses dengan dunia blogging. Kalau sebelum-sebelum ni mungkin saya gila berblogging. Tapi semenjak dunia blogging ni hilang seri akibat dari perubahan para blogger yang dok sibuk mengubah blog mereka kepada blog "BERITA", saya dah kurang melakukan "BLOGWALKING". Sebab majoriti blog-blog di Malaysia ni banyak yang membuat artikel berbentuk berita.

Okaylah, berbalik kepada topik kita iaitu berkaitan "Mencuba Produk Keluaran Dr. Rozmey". Sebenarnya saya dalam proses mencuba salah satu produk keluaran Dr Rozmey. Iaitu DR-II. Ini kerana saya mempunyai masalah berkaitan jerawat sejak dari tingkatan 1 sehinggalah kini.

Masalah muka berjerawat yang dialami oleh saya, sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri bila keluar dari rumah. Bahkan saya juga agak tertekan bila keluar kemana-mana sahaja. Pasti akan ada mata-mata yang memandang ke arah saya. Seolah-olah mereka rasa jijik melihat muka saya yang berjerawat ni.

Tapi kebiasaannya saya buat selamba jer. Ini kerana takkan saya nak mengasingkan diri dengan dunia luar pulakan. Sebab itu saya nekad untuk mencuba produk keluaran Dr Rozmey ni. Walaupun harganya yang mahal. Saya sanggup keluarkan duit untuk mencubanya. Saya mencuba pun selepas saya betul-betul yakin dengan keberkesanannya. Ya lah, dah banyak testimoni-testimoni pengguna produk DR-II yang memperoleh hasil yang positif. Takkan saya nak tangguhkan lagikan.

Selagi kita tidak cuba sendiri, mana kita nak tahu akan hasilnya kan. Cuba dulu baru tau.

Apa itu DR-II ?

Okay, DR-II ni adalah merupakan salah satu produk yang diformulasikan khas untuk merawat penyakit berkaitan kulit.

Produk ini diformulasikan dari gabungan Gula, Serbuk Maltodextrin, Serbuk Protein Soya, Serbuk L-Lysine, Serbuk Perisa Oren, Serbuk Astaxanthin, Serbuk Kolagen Marin, Serbuk L-Arginine, Serbuk Inulin, Serbuk Vitamin E, Serbuk Askorbik Asid & mengandungi kondisioner makanan dan perisa yang dibenarkan.

Berkesan ke produk ni ?

Setakat ni saya dah ambil 1 kotak dan dah masuk ke fasa pengambilan kotak yang ke-2. Hasil dari pengambilan kotak pertama. Jerawat sering keluar dan cepat matang. Dalam erti kata lain saki baki sisa jerawat akan dikeluarkan dengan bertambahnya jerawat di muka.

Tapi menurut blog milik Dr.Rozmey. Ianya merupakan perkara biasa dan kita perlu meneruskan pengambilan DR-II.

Apa-apa pun. Saya akan meneruskan pengambilan DR-II secara berterusan sehinggalah masalah jerawat pada muka saya pulih sepenuhnya. Tapi setakat ini. Saya berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun jerawat masih tumbuh. Tapi tiadalah seteruk seperti di waktu sekolah menengah dulu.

Pantang larang DR-II.

Kalau anda nak tau. Terdapat pantang larang ketika mengambil produk DR-II ni. Pantang larangnya adalah:
Elakkan memakan makanan laut dan berminyak. 
Inilah pantang larang yang amat sukar buat saya. sebab saya suka makanan laut. Tapi nak buat macam mana, kalau nak muka elok berseri tanpa jerawat. Kenalah patuh dengan pantang larang yang diberikan.

Mana gambar sebagai bukti ?

He3...okay buat masa ni saya belum bersedia lagi nak share gambar dengan anda semua. Gambar testimoni dari saya, akan dikongsikan bila saya rasa betul-betul dah bersedia.

{ 0 ♥ comment }

Cara kebahkan deman panas

December 24, 2011

Pernahkah anda mengalami demam panas yang teramat panas. Maksudnya demam panas yang melampau. Bila anda makan ubat yang diberi oleh doktor. Pasti akan mengambil masa beberapa hari untuk kebah demam panas anda itu.

Di sini saya ingin berkongsikan dengan anda satu petua masyarakat cina. Di mana mereka mengamalkan meminum air penyejuk badan (Air Cap Badak/Cap Kaki Tiga) yang dicampurkan dengan ENO Paket Hijau.

Insyallah jika anda melakukan cara ini. Panas badan akibat dari demam panas itu akan kebah dalam masa yang singkat. Tidak perlu risau dengan petua ini. Kerana sewaktu saya kecil dahulu. Arwah emak saya sering memberi saya minum air penyejuk badan yang dicampur dengan ENO Paket Hijau. Ianya sangat mujarab.


 +



Picture Credit: Khas
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini