Showing posts with label Zone Drama vs Movie. Show all posts
Showing posts with label Zone Drama vs Movie. Show all posts

7 Petala Cinta

August 10, 2012

Salam 21 Ramadan buat semua. Penulisan ke-2 buat hari ini. Aku nak review filem 7 Petala Cinta lakonan Aeril Zafrel, Fizo Omar, Diana Amir, dan Shima Anuar.

Judul Filem : 7 Petala Cinta.
Tarikh Tayangan : 15 March 2012.
Filem Terbitan : MIG (Metrowealth Pictures Sdn Bhd)

Hahaha..ketinggalan zaman betulkan aku ni. Filem dah berkurun berada dipasaran, tapi baru nak buat review.

Okay fine..nak buat macam mana. Nak tengok di pawagam. Aku ni bukan dari golongan yang duit berkepok-kepok dalam poket. Jadi aku mengharapkan orang yang dah beli CD/DVD and aku pinjam dan tengok ler. Jimat duitkan. Okay dah stop merapu, dan mari teruskan dengan review aku ni.

7 Petala Cinta.

Cerita yang berkisarkan Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita. Sesungguhnya cinta si Attar (Aeril Zafrel) kepada Saida (Shima Anuar) sungguh mendalam. Di mana Attar sanggup menerima kembali Saida, selepas Saida menuturkan kata-kata nista kepadanya (part Attar kena tangkap basah dengan Nida).
Manusia macam awak ni. Kalau dah berbau busuk. Pakailah wangian banyak mana sekalipun. Akan tetap berbau macam bangkai. [via dialog Saida]
Wah-wah..sesedap mulut jer ya Saida menuturkan kata-kata nista sebegitu rupa. Sepatutnya siasatlah betul-betul baru menjatuhkan hukuman. Kerana apa yang dilihat bukanlah yang tersurat dan pasti ada penjelasan yang tersirat.

Cerita ini juga merupakan cerita yang begitu mengagungkan Cinta di mana terdapat beberapa babak yang jelas menunjukkan Cinta itu adalah antara harta yang teragung pernah dimiliki oleh manusia.
Cinta Bukan Melemahkan, Tapi Menguatkan. Cinta Juga Bukan Menyedihkan, Tapi Menggembirakan. [via dialog Hamka (Fizo Omar)]
Ya Allah, Peluklah Hati Ini Ya Allah. Disaat Aku Mulai Rasa Gelisah. Dalam Penantian Penuh Kesabaran Ini. Rindu Ini Kerana Mu Ilahi. [via dialog Saida]
Jalan cerita yang berkaitan Cinta dibahagikan kepada 2. Iaitu Cinta kepada Allah dan juga Cinta kepada Insan.

7 Petala Cinta juga membawa konsep Islamic. Di mana terdapat beberapa babak lakonan yang menyentuh perkara berkaitan agama dan mempunyai ciri-ciri Modern Islamic Drama. Perhatikan dialog dibawah.
Mana Ada Penjenayah Yang Masuk Ke Rumah Allah. Yang Masuk Ke Rumah Allah Ini. Orang Baik-Baik, Orang Yang Mencari Keredhaan Allah. Orang Yang Menjunjung Titah Perintah Allah. Orang Yang Masuk Ke Rumah Allah Ini. Orang Yang Mahu Membersihkan Diri Dan Bertaubat Kepada Allah. Sesiapapun Yang Masuk Ke Rumah Allah Ini. Dia Sebenarnya Adalah Tetamu Allah. [via dialog Abi]
Sebesar Manapun Dosa Yang Kita Lakukan. Sesungguhnya Pengampunan Allah Itu. Seluas Langit Yang Tidak Bertepi, Seluas Lautan Yang Tidak Berpenghujung.
Kalaulah Semua Jalan Tertutup Untuk Mu. Carilah Jalan Allah. Kerana Jalan Allah Itu, Seluas 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi.
Ada beberapa lagi dialog dalam cerita ini yang boleh dimanfaatkan buat semua yang menontonnya. Antaranya ialah:
Masa Depan Itu Milik Allah. Kita Tak Tahu Apa-Apa Pun.Sya Ataupun Cik Tak Tahu Pun Apa Akan Berlaku Kejap Lagi. Percayalah, Allah Takkan Membiarkan Kita Sekelip Mata. Sedangkan Permintaan Iblis Yang Paling Ingkarpun Allah Makbulkan. Apatah Lagi, Kita Hamba Yang Kekurangan Ini. [via Fakarudhin Attar (Aeril Zafrel)]
Semua Ini Mengajar Diri Kita Untuk Mengenal Diri Dengan Hati Yang Ikhlas. Hanya Orang Yang Berjiwa Besar Sahaja Yang Berani Mengaku Kesilapannya. Pengalaman Itu Adalah Guru Sejati Untuk Kita. Apapun Yang Terjadi, Itu Semua Takdir Allah Yang Harus Kita Terima Dengan Dada Yang Lapang. [via Fakarudhin Attar (Aeril Zafrel)]

Pengajaran Yang Diperolehi.

Okay dari apa yang aku nampak melalui cerita 7 Petala Cinta ini adalah Jangan sesekali kita menuturkan kata-kata nista kepada pasangan kita. Ini kerana jika kita tersilap. Apa yang kita katakan itu akan kembali semula kepada kita. Ibarat kita menjilat semula ludah yang telah kita semburkan (What you give, you'll get back).

Cerita ini juga mengajar kita supaya kembalilah ke jalan Allah jika semua jalan ataupun lorong telah ditutup buat kita. Kerana jalan Allah itu sentiasa terbuka buat kita semua selagi kita mahukannya.

Kita juga tidak digalakkan untuk menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Part yang ini memang banyak berlaku di masa kini. Terutama di facebook (orang yang berdakwah di facebook).

Dalam cerita ini juga. Membawa mesej, kalau kita dah suka dan cinta pada seseorang. Just luahkan sahaja. Sama ada cinta kita itu diterima ataupun ditolak, itu belakang cerita. Selagi kita tidak mencuba. Mana kita nak tahu hasilnyakan.

Rating For 7 Petala Cinta.

Lakonan : 10 Bintang.
Jalan Cerita : 9.5 Bintang.
Mesej Yang Nak Disampaikan : 10 Bintang.

Rating Pelakon 7 Petala Cinta.

Aeril Zafrel [Fakarudhin Attar] : 10 Bintang.
Fizo Omar [Hamka] : 7 Bintang.
Diana Amir [Hilma] : 6 Bintang.
Shima Anuar [Saida] : 8 Bintang.

Source: MIG Online & Google Image.
{ 0 ♥ comment }

Flower Boy Ramyun Shop

August 1, 2012

Wahai kaki drama Korea. Jom kasi gegar dunia dengan drama "Flower Boy Ramyun Shop". Hahaha.. mesti ramai peminat fanatik drama Korea yang takkan melepaskan peluang menonton drama ni. Cerita ni disiarkan di NTV7 setiap hari pada jam 12.00 pm. Best  giler cerita ni..hahaha..

Pada aku drama ni memang best lah. Tapi jangan pula u all ingat aku ni obses tahap gaban dengan cerita-cerita Korea. 

Sebenarnya aku memang minatlah juga menonton drama Korea. Tapi bukan semualah, aku cuma tengok drama Korea yang jalan ceritanya mampu menarik minat aku jer. Kalau jalan ceritanya tak best. Memang tak der nya aku nak tengok.

Flower Boy Ramyun ShopAntara ramai-ramai pelakon yang berlakon dalam drama tu. Aku suka tengok mamat Korea sorang ni. Cer u all tengok mamat sebelah kanan ni.

Confirm ramai gugurlz yang tergila-gilakan mamat ni bila tonton drama Flower Boy Ramyun Shop. Al maklumlah, mamat ni kacak. Orang gila jer tak gilakan dia ni (psst..ayat macam gayboy ar pula. but I'm not crazy yet to be a gayboy).

Aku suka tengok cara dia bawa watak Kang Hyuk (Lee Ki Woo). Cara dia bawa watak seorang lelaki matang memang menakjubkan. Sifat yang dibawa dalam drama tu, for sure ianya adalah sifat yang diidaman-idamkan oleh wanita seluruh dunia beb.

The most hated character adalah Cha Chi Soo <--watak mengalahkan perempuan gedik, macam bapok pun ada lakonan mamat ni. Tapi tu dalam lakonan jer kot. Tapi apa-apa pun aku memang tak berkenan dengan lakonan dia hehehe...

Overall aku bagi 10 star untuk drama ni. Kenapa 10 star ?

Sebab drama ni mampu menarik minat aku untuk menonton. Bahkan aku siap set alarm handphone untuk tonton drama ni (hahaha..drama best, sapelah nak missed watch kan).
{ 0 ♥ comment }

Taare Zameen Par

March 4, 2012

Taare Zameen Par ~ Sebuah filem Hindi arahan Aamir Khan yang ditayangkan pada 2007. Cerita ni memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada aku dan kepada sesiapa yang menontonnya semalam (3 March 2012@TV3).

Barisan Pelakon Taare Zameen Par

Aamir Khan, Darsheel Safary, Tanay Cheda, Sachet Engineer, Tisca Chopra, and Vipin Sharma.

Sinopsis:

The movie is about an 8 year old boy Ishaan Awasthi (Darsheel Safary) who finds it difficult to match his world of colors, kites and animals to that of the others in his age group, who are more into studies and homework. When complaints start to pour in, Ishaan’s parents decide to set him off to a boarding school. His life is no different at the boarding school, oppressed and insulted by his teachers, he remains the laugh stock of the class. Now that he is away from home, he feels even more dejected, inferior and finds it tough to cope up with his inabilities.

Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) gets appointed as a temporary art teacher of the boarding school. Unlike other teachers who follow definite norms in educating children, Ram makes them think out of books, outside the four walls of the classroom and paint their imaginations. Every child in class responds with immense enthusiasm except Ishaan. Ram takes effort to understand Ishaan and his problems. He makes Ishaan’s parents and other teachers realize that he is not abnormal but a very special child with talents of his own. With time, patience and care Ram succeeds in boosting the confidence level of Ishaan. He helps Ishaan in overcoming his inabilities and re-discover his lost confidence. ~via: Indicine

My Review:

Sebuah cerita yang memang mantap dari Aamir Khan. Kerana pada permulaan cerita. Memang aku rasa cerita ni membosankan. Tetapi pandangan ku terhadap cerita ni berubah bila jalan cerita sampai di babak Ishaan Aswathi memberontak ketika keluarga hendak menghantar dia ke sekolah berasrama. Babak tu lah merupakan babak pertama yang membuat hati ku tersentak dan waktu itu memang aku feeling habis ar tangkap leleh punya (leleh air mata jer ya).

Bayangkan seorang kanak-kanak yang menghidapi disleksia didesak oleh kedua ibu bapanya supaya berfikir seperti orang dewasa. Sedangkan ianya tidak patut pun berlaku. Bahkan kedua ibu bapa Ishaan menafikan yang anak mereka itu tidak cacat. Pada zahirnya memang si Ishaan ni kelihatan normal, sebab dia cacat dari segi pemikiran dan bukannya fizikal.

Inilah yang terjadi bila ibu bapa terlalu inginkan kesempurnaan pada anak mereka sehingga mereka tidak nampak akan apa masalah sebenar anak mereka. Mungkin mereka rasa apa yang mereka berikan kepada anak mereka itu sudah cukup. Tapi sebenarnya bukan itu yang anak-anak mahukan dari ibu bapa mereka.

Mereka hanya inginkan kedua ibu dan bapa mengambil berat akan diri mereka. Adakalanya apa yang diberikan kepada mereka (harta benda/kemewahan) itu bukanlah apa yang mereka mahukan, kerana kadang-kadang mereka terasa sunyi walaupun waktu itu kedua ibu bapa ada di depan mata mereka.

Keadaan Ishaan bertambah parah bila dia dihantar ke sekolah berasrama. Pada pandangan ibu bapa Ishaan. Ianya adalah jalan penyelesaian yang terbaik buat anak ke 2 mereka itu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Dari seorang yang periang dan hyper aktif. Ishaan bertukar menjadi seperti mayat hidup.

Di mana hidupnya yang dipenuhi oleh corak seni sudah menjadi kosong akibat Trauma dengan layanan orang sekeliling yang mendesak dia untuk berubah. Tetapi nasib menyebelahi Ishaan, di mana Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) muncul untuk menyelamatkan Ishaan dari lemas dalam dunia ciptaannya.

Akhir cerita. Keluarga Aswathi hidup bahagia dengan Ishaan yang baru. Kerana RSN berjaya mengubah hidup Ishaan. RSN berjaya merubah hidup Ishaan adalah disebabkan dia sendiri pernah menderitai penyakit "Disleksia".

Kesimpulan 1:

Jangan sesekali kita memaksa orang lain untuk berfikir seperti mana kita berfikir. Ini kerana setiap insan mempunyai corak pemikiran mereka yang tersendiri dan mereka berhak berfikir dengan cara mereka sendiri.

Kesimpulan 2:

Usah memaksa seseorang melakukan sesuatu yang mereka tidak mahu lakukan. Ini kerana ianya hanya akan membunuh orang yang dipaksa itu secara perlahan. 

(babak dimana Aamir Khan berkata kepada Mr Aswathi. Bagaimana orang kepulauan Solomon memaki hamun pokok sehinggalah pokok itu mati kelayuan dengan sendirinya).

Dialog berkenaan sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri. Dari pemahaman aku. Apa yang cuba disampaikan oleh Aamir Khan adalah perbuatan kedua ibu bapa Ishaan itu sebenarnya sedang membunuh Ishaan tanpa mereka sedari.

Samalah seperti apa yang berlaku di facebook & mana-mana laman sosial sekali pun. Di mana perlakuan kedua ibu bapa Ishaan dan masyarakat dalam cerita berkenaan melambangkan perlakuan orang-orang serta masyarakat masa kini yang berdakwah or menegur di facebook tanpa mengambil kira akan kesannya (short & long term effect). Sebab tu kalau nak berdakwah or menegur, gunakanlah pendekatan yang berbeza seperti apa yang dilakukan oleh Aamir Khan di dalam Taare Zameen Par.

Kesimpulan 3:

Jangan sesekali mengekang minat anak-anak kita. Ini selalu berlaku bila mana ibu bapa mendesak anak mereka untuk menjadi seperti apa yang mereka inginkan. Bahkan demi merealisasikan apa yang diimpikan. Mereka sanggup mengenepikan impian anak-anak mereka.

Sebagai ibu bapa. Kita kenalah belajar membaca & meneka apa yang difikirkan oleh anak kita. Ramai ibu bapa masa kini tidak memahami anak-anak mereka. Bila anak-anak buat masalah, mulalah nak salahkan orang lain + menyalahkan anak-anak 100% bila sesuatu benda tak elok dilakukan oleh anak mereka.

Kesimpulan 4:

Realiti sikap ibu bapa sekarang yang mudah lepas tangan. Di mana anak-anak dibiarkan merayap dengan bebas tanpa sebarang pengawasan. 

Ini adalah berdasarkan pengalaman ahli keluarga saya sendiri. Di mana anak-anak buah saya dibiarkan merayap ke Cyber Cafe tanpa pengawasan ibu bapanya dan bila kedua ibu bapanya pergi jalan-jalan. Ada anaknya ditinggalkan seorang diri tanpa meninggalkan pesan kepada jiran ataupun adik-beradik yang lain. Bila ditanya kenapa tinggalkan anaknya sorang-sorang. Ahli keluarga saya tu memberikan jawapan yang memang tak boleh nak diterima langsung. Dia memberi alasan "Dah budak tu tak nak ikut, nak buat macam mana.". Serius saya katakan saya tak suka langsung dengan perangai kedua ibu bapa anak buah saya tu.

Kesimpulan 5:

Perubahan itu memang perlu. Tapi haruslah kena dengan keadaan dan waktu yang bersesuaian bukannya disebabkan oleh paksaan ataupun terpaksa.

Jika ingin melakukan perubahan. Ianya seharuslah datang dari niat yang ikhlas dan tulus. Bukannya melakukan perubahan atas desakan dan kemahuan orang lain. Berubahlah atas kemahuan diri sendiri, ianya lebih baik dari berubah atas dasar paksaan.


Picture Source: taarzameenpar.blogspot.com
{ 0 ♥ comment }
 

Artikel Terkini