Ada berita baik buat pengguna blogspot a.k.a blogger. Anda tidak perlu risau pasal widget Google Friend Connect yang dikatakan akan di tamatkan pada 1 March 2012.
Ini kerana menurut mesej yang disampaikan oleh pihak Google. Hanya pengguna selain dari blogspot sahaja yang akan terjejas dengan tamatnya riwayat GFC buat mereka (non-blogger site).
Google Friend Connect—Friend Connect allows webmasters to add social features to their sites by embedding a few snippets of code. We're retiring the service for all non-Blogger sites on March 1, 2012. We encourage affected sites to create a Google+ page and place a Google+ badge on their site so they can bring their community of followers to Google+ and use new features like Circles and Hangouts to keep in touch. via Google Blog Posted by Urs Hölzle, Senior Vice President, Operations & Google Fellow 22/11/2011
Kalau tak silap M'Rie. Isu ni adalah antara isu terhangat yang diperkatakan oleh para blogger pada penghujung tahun 2011. Ternyata apa yang disebarkan itu hanyalah terdapat sedikit ralat dalam penyampaian. Di mana mereka mungkin tak baca dengan teliti agaknya.
Sebab dah terang-terang di situ sudah dinyatakan. Bahawa hanya laman web / blog selain dari pengguna blogspot/blogger sahaja yang tidak akan dapat menggunakan kemudahan itu lagi. Tapi buat pengguna blogspot, mereka masih lagi diberi keutamaan untuk menggunakan produk berkenaan.
Tapi pada M'Rie. Lagi elok kalau widget tu ditamatkan. Sebabnya, widget GFC tu adalah salah satu widget yang tergolong dalam penyebab loading blog jadi berat. Apa-apa pun ada bagusnya juga. Sebab pengguna blogspot yang lain masih boleh mendapatkan update terkini dari blog yang mereka follow. Apa-apa pun, M'Rie ucapkan Selamat Berblogging buat semua.
Google Friend Connect | Google Friend Connect Di Tamatkan
Post a Comment