Penting Sangat Ke "Disclaimer Area" Dalam Blog ?

January 30, 2012

Sejak berkuatkuasanya SOPA by US Government. Banyak laman-laman sesawang perkongsian fail secara online terpaksa tutup kedai. Gara-gara nak mengelakkan kerugian besar ataupun mahu mengelak dari dikenakan tindakan oleh kerajaan US.

Tapi dari apa yang saya lihat. Walaupun mereka tutup kedai disebabkan oleh SOPA. Mereka tetap tidak dapat mengelakkan diri dari dikenakan tindakkan undang-undang.

Penguatkuasaan SOPA ini juga. Secara tidak langsung akan memberikan impak kepada dunia pembloggeran. Di mana kebanyakkan kesalahan di alam maya ni lebih banyak menjurus kepada mereka-mereka yang berada di dunia blogging. di mana ramai blogger yang suka menyebarkan link-link download movie, lagu, video dan sebagainya secara haram. Kira SOPA ni diwujudkan untuk membanteras gejala cetak rompaklah. Tapi bukan semua menyokong akan kewujudan SOPA ni. Kerana ianya mengehadkan lagi skop penggunaan internet. Tapi tidak tahulah sampai bila SOPA ni akan terus bernyawa di alam cyber.

Okay berbalik kepada topik asal iaitu "Penting Sangat Ke Disclaimer Area Dalam Blog ?". Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Ini kerana anda sendiri sahaja yang mampu menentukan sejauh mana kepentingan meletakkan ruangan "Disclaimer Area" di dalam blog anda.

Bagi saya. Ianya penting untuk mengelakkan kita dari dikenakan tindakan undang-undang. Kita seharusnya peka dengan perkara-perkara remeh seperti ini. Disclaimer Area ni lebih kurang kita mengisytiharkan bahawa segala apa yang terkandung di dalam blog kita adalah sebagai perkongsian semata-mata dan bukannya untuk menjana keuntungan (non-profit act).

Tapi tidak ramai blogger/penulis blog meletak Disclaimer Area di dalam blog mereka. Hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

Antara kategori blog yang seharusnya meletakkan disclaimer area di dalam blog:
  1. Blog yang mengongsikan artikel yang di ambil dari sumber lain, dalam erti kata lain. Blog copy paste.
  2. Blog yang mengongsikan link-link download.
  3. Blog Tutorial.
  4. Dan lain-lain.
Kalau blog personal tu. Tidak perlu letak disclaimer area. Agaknyalah. Sebab dah nama sahaja blog peribadi. Tapi kalau nak letak pun boleh juga.

Isu SOPA ini juga merupakan isu terhangat di dunia blogging. Bahkan baru-baru ini ramai yang bimbang dengan penguatkuasaan SOPA ini. Ada juga segelintir penulis blog yang bangga kerana mereka tidak perlu risau dengan SOPA ini. Alasan yang diberikan oleh mereka ialah mereka menggunakan WordPress Self-Hosting.

Serius kenyataan penulis blog WP tu membuatkan saya tergelak sahaja. Sebab mana mungkin pengguna blog WP Self-Hosting berkecuali dari SOPA. Sedangkan semua sama sahaja. Asalkan apa yang kita masukkan didalam blog telah melanggar akta SOPA. Kita tetap akan berdepan dengan tindakan undang-undang SOPA ini. Tiada siapa ataupun platform mana pun dapat lari dari SOPA.

Tapi terpulanglah pada anda sendiri sama ada anda nak wujudkan satu ruangan untuk disclaimer ataupun tidak. Pada saya, adalah lebih baik mencegah dari merawat. Sebelum terkena. Lebih baik buat persiapan awal. Sekian, Terima Kasih.


Picture Credit: Musically

Post a Comment

 

Artikel Terkini