Tersilap Setting Preferred Domain

April 1, 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat para pembaca blog Sembang Cyber. Itupun kalau ada yang sudi bacalah apa yang dingomelkan oleh M'Rie didalam blog ni kan. Al Maklumlah kita ni bukan blogger tahap retis. Cuma seorang penulis blog suam-suam kuku jer.

Pada pencari-pencari info berkaitan SPM. M'Rie nak minta maaflah ya. Sebab sepanjang minggu lepas M'Rie sibuk membantu adik melangsungkan majlis perkahwinan. Hari ni baru berkesempatan untuk kembali berblogging. Okaylah hari ni M'Rie nak kongsikan sedikit ilmu berkaitan blog.

Tersilap Setting Preferred Domain.

Ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh segelintir blogger. Tak kira blogger baru ataupun lama. Dimana mereka tersilap setting domain yang harus mereka gunakan.
Domain
Jika diikutkan setting yang sebenarnya. Kita harus memilih "Don't set a preferred domain". Ini kerana jika kita memilih "Option" tersebut, setiap kali pengguna laman web menaip url blog kita seperti "sembangcyber.com" ataupun "www.sembangcyber.com". Mereka akan dibawa ke laman blog yang sama.

Tetapi jika kita memilih selain dari itu. Contoh jika kita memilih setting "Display URLs as www.sembangcyber.com", maka bila pengguna internet menaip URL sembangcyber.com. Mereka akan mendapat amaran seperti ini:
error url
Selain dari itu. Punca kepada masalah tersebut mungkin berkait rapat dengan setting DNS domain. Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan menghubungi pihak penyedia domain dimana anda membeli domain tersebut.

Post a Comment

 

Artikel Terkini