FAQ SPM(U) dan Persendirian (MAC01/2013)

March 2, 2013

4 Persoalan Yang Terpilih:

Q1: Saya ingin bertanya adakah selepas menduduki SPM Persendirian, saya boleh mohon untuk masuk universiti? Saya berumur 17 tahun tapi saya ada problem sikit dengan sekolah jadi saya ni mengambil science stream, jadi bolehkah saya mengambil subjek science dalam spm persendirian?

Q2: Saya ingin bertanya sesuatu kepada saudara. Kalau saya ambil SPM Ulangan bagi tahun 2013 bulan julai nanti, maksudnya, saya tak boleh masuk ke universiti? tak boleh masuk ke ipta? tak boleh masuk ke politeknik? Bilakah keputusan spm ulangan akan keluar? Jadi, saya kena menganggur setahun? Tak boleh masuk belajar ke mana-mana?

Q3: Result SPM Ulangan nih boleh guna time apply UITM ke?

Q4: Assalamualaikum, lagi satu. result subjek selain BM dan Math contoh macam prinsip perakaunan akan keluar bila? bulan March ke?

Jawapan Dari Kementerian Pelajaran Malaysia:

Ruj. Kami : KP.LP.001.03.01.2 Jld. 5 (1.2/     )
Tarikh : 28 Februari 2013

Tuan/Puan,

KES 28316.001217 : Persoalan berkaitan SPMU dan Persendirian

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada kes tuan/puan.

2.    Secara umumnya, SPM Persendirian dan SPM(U) ditawarkan kepada calon yang ingin menambahbaik keputusan peperiksaan. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan yang diulang tidak akan dicampur dalam keputusan peperiksaan yang terdahulu.

3.   Berikut ialah maklum balas kepada pertanyaan tuan/puan;
        
Pertanyaan 1:
Syarat kemasukan universiti perlu dirujuk kepada Kementerian Pengajian   Tinggi. Calon yang mengambil aliran sains yang mendaftar dua daripada kertas peperiksaan iaitu Physics, Chemistry dan Biology hendaklah menggugurkan kertas peperiksaan Science (1511). Sila rujuk guru sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran.

Pertanyaan 2:
Keputusan peperiksaan diumumkan 3 bulan selepas peperiksaan. Tarikh keputusan akan dimaklumkan kepada awam melalui media.

Pertanyaan 3:
Keputusan SPM(U) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan adalah keputusan rasmi. Sila rujuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendaftar kemasukan universiti.

Pertanyaan 4:
Subjek yang ditawarkan untuk SPM(U) ialah Bahasa Melayu dan Matematik manakala SPM calon persendirian pula semua subjek SPM termasuk Bahasa Melayu dan Matematik. Sila rujuk www.moe.gov.my/lp untuk semakan senarai subjek yang ditawarkan. Keputusan SPM calon persendirian akan diumumkan kebiasaannya pada bulan Mac. Pemberitahuan tarikh keputusan peperiksaan secara rasmi akan dihebah melalui media.
 
Sekian, terima kasih. 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah,

t.t
Hjh. Noriza binti Mohd Noor
Pegawai Penyelaras Aduan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia 

2 comments

20 March, 2014 15:02

boleh ke saya amik spmu utk subjek fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan ?

27 March, 2014 01:37

@nurin afiqeen spmu boleh la kot

Post a Comment

 

Artikel Terkini