Membuang Widget Attribution Powered By Blogger

February 21, 2013

Hari ni aku terasa nak kongsi satu tutorial. Bagaimana nak membuang widget "Attribution" a.k.a "Powered By: Blogger". Mungkin ada sesetengah blogger tak kisah pun dengan kehadiran dan kewujudan widget tersebut. Tapi pada aku widget tu menyemakkan penampilan blog (tu pada akulah, orang lain aku tak tau lah erk).
Powered By Blogger
Okay nak buang benda alah tu mudah sahaja. Apa yang anda perlu buat adalah:
  1. Pergi ke "Edit HTML".
  2. Tekan butang kekunci PC/Laptop "Ctrl + F", dan cari barisan code <b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'/>.
  3. Bila dah jumpa code tu. Sila padamkan code tersebut dan klik "SAVE TEMPLATE".
  4. Selepas anda klik "SAVE TEMPLATE", Akan keluar satu box warning seperti dibawah ini. Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan mengklik "DELETE WIDGETs".
Keep Widgets
Sekarang cuba anda "PREVIEW" blog. Benda alah tu dah hilang dah. Tapi harus diingat, bila dah buang benda alah tu. Rasanya dah tak boleh nak letak semula. Melainkan anda memasukkan code diatas secara manual. Itupun kalau anda sangguplah. Kalau tak sanggup ya biarkan sahaja benda tu pergi buat selama-lamanya.

Post a Comment

 

Artikel Terkini