Kempunan BR1M 2.0, Masihkah Ada Harapan?

February 21, 2013

BR1M
Daku kempunan BR1M 2.0 gara-gara tak dapat mengambil baucer BR1M 2.0 disebabkan kerja diluar kawasan (outstation). Boleh ke nak tuntut baucer tersebut?, sedangkan tarikh untuk menuntut baucer tersebut telah lepas?

Sebenarnya aku telah mendapat "Private Message" dari salah seorang follower fan page facebook "Sembang Cyber ~ All In One Blog" Message tersebut berbunyi seperti ini:
Salam. saya nak tanya pasal BR1M. permohonan saya telah diluluskan dan perlu mengambil duit BR1M di serdang, selangor pada 18 Feb 2013 tapi saya tidak hadirkan diri kerana sekarang ni saya bekerja di Pulau Pinang. so, saya masih boleh ambil duit BR1M tu ke dan di mana perlu saya pergi untuk dapatkannya?
Okay ni adalah jawapan yang aku boleh beri. Di mana jawapan ni adalah berdasarkan apa yang diterangkan oleh YB Dun Dengkil iaitu Dato Marsum Paing semasa aku menuntut baucer BR1M 2.0 bagi golongan bujang pada 17 Februari 2013 yang lepas.

Menurut Dato Marsum Paing. Jika kita terlepas tarikh untuk menuntut baucer BR1M 2.0. Kita perlu pergi ke Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Tapi kalau anda nak kepastian. Aku sarankan anda menelefon talian hotline BR1M seperti di bawah ini:
  • Hotline: 1-800-222-500 @ 1-300-88-3010
Ataupun anda boleh rujuk artikel ini "Semak Status Permohonan BR1M 2.0" untuk berhubung dengan pihak yang berkaitan. Selain dari cara ni, memang aku tak dak idea lain. Ini kerana aku pun penerima BR1M 2.0 sama seperti anda semua. Jadi kalau nak tahu lebih detail. Aku sarankan buat seperti apa yang aku nyatakan diatas. Sama ada anda nak buat ataupun tidak. Itu terpulang. Nanti jangan pula nak marah-marah sebab tak dapat BR1M tu. Nak salahkan si pemberi pun tak boleh. Sebabnya itu kesilapan kita sendiri.

Menurut Dato Marsum Paing juga. Baucer BR1M tu, kita boleh hantar wakil untuk tuntut baucer tersebut. Tapi kena berurusan dengan ICU/LHDN untuk memperoleh Surat Kuasa untuk menunaikan baucer tersebut. (Bukan aku yang cakap ya, tapi Dato Marsum Paing yang bagi tahu semasa taklimat BR1M 2.0).

Post a Comment

 

Artikel Terkini