FAQ SPM Persendirian (Part 2)

October 16, 2012

FAQ 1: Ada Sijil PMR.

Salam saya berumur 18 tahun, mempunyai Sijil PMR. Boleh ke saya menduduki SPM Calon Persendirian pada tahun hadapan 2013 ? Harap dapat membantu saya kerana saya tidak menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2011.
D'Answer Is : Waalaikumussalam.. Yes, anda boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM Persendirian pada tahun 2013.
Saya berumur 26 tahun dan hanya menamatkan pelajaran ditingkatan 4 pada tahun 2002, saya ingin bertanya. Bagaimana jika saya ingin mengambil SPM ? adakah saya masih boleh mengambil semula peperiksaan SPM ?
D'Answer Is : Yes, anda boleh mengambil peperiksaan SPM dengan mendaftar sebagai "CALON PERSENDIRIAN" di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan anda.

FAQ 2: Tiada Sijil PMR.

Hi saya mempunyai seorang kawan yang berhenti sekolah pada umur 15 kerana masalah kewangan. Dia tidak menduduki PMR, sekarang dia berumur 24 tahun, boleh dia ambil SPM persendirian 2013? macam mana prosedurnya?
D'Answer Is : Okay..kawan awak boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan SPM Calon Persendirian 2013. Tapi kawan awak kena make sure dia alert dengan tarikh pendaftaran dan Tarikh tutup pendaftaran SPM Calon Persendirian 2013, iaitu sekitar Jan-March 2013.

Prosedur yang paling mudah adalah, kawan anda perlu pergi ke mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berhampiran dengan beliau. Dan kawan awak boleh mendapatkan maklumat lanjut disana. 

Syarat untuk calon yang tidak pernah menduduki PMR adalah berumur 18/19 tahun kalau tak silap saya. Apa-apa pun saya nasihatkan..pergi sahaja direct ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan kepastian & detail yang diperlukan.
Salam, saya mempunyai kawan yang nak mengambil peperiksaan SPM. Umur dia sekarang 27 tahun. Dia juga tiada sijil PMR.. Soalan saya, kalau dia nak start belajar tahun ini, perlukah dia ambil exam pada tahun ini, 2012 ? Peperiksaan ini tiap-tiap tahun ke ada ? Ada tak guru khas yang dapat mengajar mereka ini ?
D'Answer Is : Waalaikumussalam, Kawan awak tu boleh jer start belajar dari sekarang. Tapi EXAMnya bukan pada tahun ni lah. Tapi tahun depan. Melainkan dia telah daftar untuk menduduki exam SPM untuk 2012.

Berkenaan Guru Khas tu pula. Kawan awak boleh jer mengambil kelas tuisyen SPM seperti mana calon SPM sekolah lakukan. Tapi kawan awak tu akan berasa kekok lah sedikit dengan calon sekolah. Ataupun kawan awak tu boleh jer mengambil "HOME TUITION CLASS" di mana guru tuisyen datang ke rumah. Bagi jenis tuisyen yang macam tu. kalau tak silap saya kawan awak boleh cuba dapatkan khidmat "HOME TUITION TEACHER" di laman web mudah.my.

Selain dari itu, kawan awak boleh juga belajar sendiri jika dia berkemampuan untuk study sendiri. sebab macam saya pun. saya cuma mengambil kelas tuisyen selama 6 bulan jer. lepas tu saya study sendiri. Alhamdulillah saya cuma gagal 1 subjek sahaja...iaitu subjek matematik. Pada saya seelok-eloknya kawan awak menggunakan khidmat guru tuisyen ataupun pusat tuisyen untuk study. dan digalakkan untuk subjek-subjek yang sukar. seperti Matematik dan mana-mana subjek yang rakan awak rasakan sukar untuk dia lulus.

Peperiksaan SPM Persendirian ada setiap tahun, kerana ianya dijalan sama masa dengan SPM Calon Sekolah. Yang membezakannya adalah dewan peperiksaan sahaja berasingan dari calon sekolah.
Assalamualaikum..saya berumur 29 tahun dan saya bercadang nak ambil SPM Persendirian pada tahun 2013. Masalahnya saya tak pernah menduduki exam PMR di sebabkan kesempitan hidup masa dulu. So bolehkah saya ambil SPM Persendirian kalau tak pernah exam PMR ?
D'Answer Is : Waalaikumussalam, Ya anda boleh jer mengambil SPM Persendirian dengan mendaftar di mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan anda.

FAQ 3: Subjek Tambahan.

Saya berusia 23 tahun. Tahun depan saya akan memohon untuk SPM Persendirian. Saya nak pastikan, boleh tak kalau saya ambil 1 sahaja subjek tambahan (Prinsip Perakaunan). Jadi semua subjek yang saya ambik ialah 7 termasuk yang wajib. macam mane ye?
D'Answer Is : Yes, anda boleh jer memilih untuk mendaftar 1 sahaja subjek tambahan. Ini kerana bilangan subjek yang wajib anda ambil adalah 6. Subjek tambahan itu hanya sekadar pilihan sahaja.

FAQ 4: Kelayakan Untuk Memperoleh Sijil SPM.

As Salam..untuk layak dapat sijil SPM, adakah wajib semua lulus? saya tak yakin boleh jawab Matematik dan BI dengan baik. Saya akan menduduki exam SPM bulan 11 nanti..umur dah 28 tahun. last sekolah sampai darjah 6 je.
D'Answer Is : Waalaikumussalam, Untuk memperoleh Sijil SPM. Jika tidak silap saya. Anda harus LULUS subjek Bahasa Melayu. Tapi tak tahulahkan kalau Kementerian Pelajaran dah tukar syarat ataupun masih lagi sama.
Please Take Note : Sila rujuk kepada artikel yang berkaitan jika terdapat soalan/persoalan. Jika terdapat sebarang kemusykilan. Sila hantar e-mail melalui "E-MAIL US".

14 comments

Terry
13 January, 2014 12:09

Saya nak bertanya. Kawan saya ini berumur 21tahun. Bolehkah dia ambil SPM Persendirian ini? Sekian terima kasih

14 January, 2014 01:19

@Terry. Boleh saja. Dia boleh daftar bila pendaftaran untuk peperiksaan 2014 dibuka kelak.

Anonymous
20 January, 2014 07:18

saya ambil spm kali pertama pada tahun 2008.
saya sudah ulang spm kali kedua pada tahun 2011
saya telah dapat lima kredit.bolehkah saya ambil dua subjek sahaja
iaitu sejarah dan prinsip akaun jika saya ingin ulang spm untuk kali ketiga
pada tahun 2014 kerana kerja di pihak kerajaan perlukan enam kredit.

Anonymous
30 January, 2014 10:39

Salam saya Ada satu pertanyaan. Kalau baru lepasan pmr and dia dah tak minat nak Sambung belajar. But minat utk Sambung kemahiran di giatmara (6 bulan kursus). Adakah ini langkah terbaik untuk tak ambil spm sebab sijil spm sangat penting kan? Boleh beri pandangan.

05 February, 2014 17:15

Salam,saya berusia 35 tahun Dan bercadang untuk menduduki semula SPM,apakah umur saya masih layak ?

13 February, 2014 19:43

@shilah*yikesYa anda boleh mengulang 2 subjek berkenaan sahaja.

13 February, 2014 19:50

@Anonymous Wassalam. Pada pandangan saya. Ianya terpulang pada individu itu sendiri. Sijil kemahiran di giat mara pun boleh digunapakai untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Tidak semestinya harus ada sijil spm baru boleh mendapat kerja. Semuanya bergantung kepada kemahiran yg dimiliki oleh seseorang.

Untuk memperoleh pekerjaan. Faktor apa pilihan yg diingini oleh majikan yg perlu kita ambil kira. Bukan semua yg mempunyai kelayakan akademik yg tinggi mampu buat kerja. Kerna ada saja lepasan ipt yg tak mampu buat kerja walaupun berkelulusan degree.

Apapun terpulang pada individu tersebut. Saya hanya mampu memberi pandangan sahaja.

13 February, 2014 19:55

@Anna Yahya wassalam. Boleh, tiada had umur untuk mengambil semula spm. Sedangkan ada sahaja nenek yg berumur 50 tahun menduduki spm bersama cucunya.

19 March, 2014 23:18

salam, adakah had minimum 17 tahun untuk ambik spm bagi calon persendirian? kalu umur 16 tahun boleh tak?..

23 March, 2014 16:58

Salam saya ada spm 2008. Boleh ke saya mengulang satu subjek iaitu mathtematic sahaja... boleh ke saya mengulang satu subjek sahaja utk spm ulangan julai

24 March, 2014 20:15

hai, umur saya 18... saya belajar sampai pmr je, saya ingin menyambung pelajaran saya dari tingkatan empat dan lima lepas itu baru nak mengambil spm.boleh ke...

27 March, 2014 01:33

@Qawiyyunmaaf 17 tahun sahaja.

27 March, 2014 01:33

@marsi benya boleh.

27 March, 2014 01:35

@Santhiya Tiyaawak nak belajar dimana untuk tingkatan 4 dan 5? Boleh saja. Tapi rugilah. Baik awak ambil tuisyen untuk subjek spm dan daftar untuk ambil spm terus.

Post a Comment

 

Artikel Terkini