Apa Itu Fieldset ?

October 2, 2012

Fieldset ni berfungsi untuk menggroupkan sesuatu di dalam satu tempat/kawasan. Kira dalam bahasa kasar, Fieldset ni macam penjara ataupun tempat mengumpulkanlah. Lebih kurang macam tu lah.

Fieldset ni terdapat 2 elemen utama iaitu:
  • Legend - Title ataupun description.
  • Fieldset - Lebih kurang sama macam border/box. Tapi bezanya ada description (Legend).
Untuk memudahkan lagi u all untuk faham. Sila rujuk gambar dibawah ni:

fieldset box

Okay, sebenarnya fungsi fieldset ni tiada had. Kerana tahap penggunaannya bergantung kepada kekreativitian masing-masing dan bagaimana u all memanipulasikannya.

Seperti saya, saya menggunakan fieldset pada beberapa bahagian di dalam blog ini. Seperti:
  • Ruangan iklan dibawah tajuk artikel.
  • Ruangan komen.
  • Related Post dan Widget Share This.
Anda juga boleh meletakkan code widget di dalam Fieldset ataupun Legend. Terpulang pada citarasa masing-masing. Perhatikan gambar dibawah..

fieldset-box-2
Klik kanan dan Open Link In New Tab 
Untuk Paparan lebih jelas

Contoh Code Fieldset.

Code dibawah ini adalah merupakan code yang digunakan untuk meletakkan widget seperti widget share this button pada bahagian Legend.

<fieldset>
<legend>Code Widget</legend>
Code Widget ataupun apa-apa teks
</fieldset>

Manakala code dibawah jika anda ingin menggunakan teks pada bahagian legend.

<fieldset>
<legend>Teks</legend>
Code Widget ataupun teks
</fieldset>

Jika anda ingin mengubah kedudukan Legend. Anda cuma perlu menambah CSS Code pada elemen Legend. Seperti dibawah..

<fieldset>
<legend style='text-align:center/right;'>Code Widget / Teks</legend>
Code Widget ataupun teks
</fieldset>

Diharap artikel ini mampu menjelaskan kekeliruan berkaitan fieldset. Artikel ni sebenarnya terhasil sebab ada yang tak faham apa sebenarnya fieldset dan apa fungsinya. So dengan adanya artikel ni. Diharap rakan sembang cyber fahamlah maksud dan kegunaan fieldset tu ya.

Post a Comment

 

Artikel Terkini