Made In China vs China Set

September 26, 2012

As Salam, u all mesti familiar dengan ayat "Made In China" dan "China Set" kan. Biasanya ayat ni tokei-tokei kedai handphone selalu guna. Tapi hari ni aku cuma nak perbetulkan tanggapan u all berkaitan handphone "Made In China" dengan "China Set".

Sebenarnya kedua-duanya mempunyai perbezaan dan persamaan. Apa perbezaan dan persamaan diantara kedua-duanya ya?

Persamaan:

  • Persamaan diantara kedua-duanya adalah : dihasilkan di negara yang sama. Iaitu China. 
  • Bentuk pun lebih kurang sama.

Perbezaan:

  • Mempunyai fungsi yang berlainan dan harga pun berlainan juga. Biasanya handphone China Set ni lebih dikenali sebagai handphone tiruan.
  • Harga handphone China Set a.k.a Tiruan dijual dengan harga yang teramat-amatlah murah. Sekitar RM200-RM300 jer. Manakala harga Made In China ni nak kata mahal tu tak berapa mahallah. Nak kata murah pun tak berapa nak murahlah. Ada lah dalam sekitar RM300-RM2000 cam tu.
  • Mesti u all pelik kenapa aku kata harga handphone Made In China ada yang harganya boleh mencecah sampai RM2000. Jawapan aku, mestilah ada. I-Phone 4 tu u all fikir di kilang kan di mana. Dah tentu-tentulah Made In China. Kalau tak silap aku I-Phone 5 pun sama juga, Made In China.
  • Biasanya handphone China Set ni mempunyai ciri-ciri ataupun fungsi yang jarang terdapat pada handphone Made In China. Seperti fungsi/aplikasi TV. Biasanya handphone ORI ataupun AP, jarang ada fungsi/aplikasi TV. Pokok pangkalnya handphone China Set ni confirm akan ada ciri/aplikasi yang pelik-pelik dan lain dari yang lain.
  • Oh lupa pula. Kualiti handphone China Set ni biasanya tak tahan lama dan mudah rosak.
Ramai yang menyangka handphone Made In China adalah handphone tiruan. Sebenarnya tanggapan u all tu sudah salah.

Sebenarnya handphone Made In China ni ada 2 jenis. Iaitu:
  1. ORIGINAL dan
  2. AP (Approval Permit).
Dan perbezaan diantara ORI dan AP adalah dari segi tempoh warranty sahaja. Biasanya handphone ORI mempunyai 18 bulan jaminan dan AP 12 bulan. Lebih kurang macam tu lah.

Dari segi harga pula. Biasanya handphone ORI lebih mahal sedikit dari handphone AP. Mungkin disebabkan oleh perbezaan tempoh warranty.

Sebenarnya handphone Made In China (AP Set dan ORI Set) okay dan berbaloi jer kalau membelinya. Ini kerana berdasarkan pengalaman saya menggunakan handphone Sony Ericsson Aino U10i Made In China, sampai sekarang masih elok. Dah 2 tahun lebih saya guna dan ianya masih lagi dalam keadaan yang elok.

Apa yang penting adalah bagaimana kita menggunakan dan menjaga handphone dan ianya bukan terletak pada di mana handphone itu dihasilkan.

Post a Comment

 

Artikel Terkini