Jangan Dibuang Anak Itu

August 30, 2012

Jangan dibuang anak itu. Apakah dosa anak kecil itu sehingga dikau sanggup membuangnya ditempat yang tidak sepatutnya?
Kasihan pula aku kepada anak-anak luar nikah yang dibuang begitu sahaja oleh si Ibu mahupun si Bapa. Semuanya gara-gara terlanjur dalam percintaan. Mereka sanggup membuang anak yang terhasil dari hubungan terlarang. Akibat tidak mampu menahan nafsu yang bergelora, maka wujudnyalah si Anak Luar Nikah.

Aku takkan kasihan dengan si Ibu. Kerana setiap manusia mempunyai pilihan dan pilihan itu sentiasa ada. Tidak kiralah sebesar mana pun masalah yang kita hadapi. Bukanlah aku nak menyalahkan si Ibu. Tapi pernah tak kita terfikir bahawa sebelum kita melakukan hubungan terkutuk itu. Kita mempunyai pilihan untuk tidak melakukannya. Tapi kenapa kita masih melakukannya ?

Ada sesetengah pihak mengatakan ianya terjadi adalah disebabkan oleh keterpaksaan. Dalam erti kata lain, terpaksa melakukannya sebab dipaksa.

Tetapi pada aku itu bukan terpaksa tetapi rela. Lainlah kalau bila kita sudah menolak kemudian si Lelaki memaksa kita melakukan hubungan terlarang itu dengan merogol si Wanita walaupun si Lelaki sudah tahu yang si Wanita itu sudah menolak. Itu baru boleh didefinisikan sebagai mengandungkan anak luar nikah kerna terpaksa.

Kebiasaannya si Wanita yang mengandungkan serta melahirkan anak luar nikah memberikan alasan  mereka melakukan hubungan terlarang adalah kerana:
  1. Kerana terlalu sayang akan si Lelaki dan mereka tidak mahu kehilangan si Lelaki.
  2. Sebagai tanda Cinta dan Sayang terhadap hubungan Cinta mereka.
  3. Terpaksa tapi sebenarnya rela.
Sebenarnya si Wanita sudah tahu akan risikonya jika melakukan hubungan terlarang sebelum berkahwin sehingga hamil. Kebiasaanya peratus si Lelaki akan bertanggungjawab adalah teramat tipis dan kemungkinan si Wanita ditinggalkan begitu sahaja lepas hamil hasil dari hubungan terlarang adalah tinggi.
Bak kata Tomok: Sejauh Mana Kita Berlari, Sejarah Pasti Berulang.
Tetapi yang membuatkan aku pelik adalah mengapa wanita sekarang bila membuat hubungan terlarang tu sanggup melakukannya walaupun mereka tahu musibah yang bakal mereka hadapi di masa akan datang ?

Nak kata mereka tidak tahu akan akibatnya. Dah melambak cerita-cerita wanita mengandung anak luar nikah ditinggalkan oleh si Lelaki. Takkan masih tak sedar-sedar lagi ?

Jangan ada yang datang menghentam aku sudah. Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal isu ini. Cuma disebabkan aku ni jenis yang men-update blog mengikut mood. Makanya hari ini barulah aku tulis pasal isu ni. Lagi satu aku tulis pasal cerita ni hari ni lepas terbaca satu status sahabat di facebook.
Jangan marah ya Bro Framestone. hehehe..

Tapi aku teramat bersetuju dengan komen yang ditinggalkan oleh salah seorang sahabat Bro Framestone. Komen dia memang bagus dan sememangnya komen tu sama seperti yang aku fikirkan dalam kepala aku ni. Tak percaya ? Sila tengok print screen dibawah ni, sama ada betul ataupun tidak apa yang dia katakan tu.
[-1-]

[-2-]

Versi Jelas:

[-1-] Pada saya, woman is powerful. They can choose untuk sebut satu perkataan saja - either "yes" or "no". Nobody paksa them to mengandung anak luar nikah, that is, kalau nak sangat, sila beli kondom. Melainkanlah kalau mereka dah cakap NO tapi si lelaki tu tetap rogol mereka sampai mengandung, then that's a different story. Women should be smart and just say "No, no, triple no!"

[-2-] Saya pun kesian pada anak luar nikah tetapi disini ibu dan family ibu yg dah pregnantkan anak luar nikah tu kena mainkan peranan. Jgn tengok anak itu berbeza drpd anak2 lain. Jgn dilayan mcm dia tu hina, tak guna, membawak sial atau memalukan. Things have happened. Move on and move up. Ajarkan anak tu hal2 agama. Even kalau anak tu tahu dia anak luar nikah, tapi jika anak tu dibesarkan dgn jati diri yang kuat, disayangi unconditionally by ahli keluarganya, peluang untuknya membesar menjadi budak tak baik/tak bermoral/lagi teruk dari mak bapaknya adalah tipis. Masalah masyarakat kita (esp bangsa melayu kita,sorry to say) ialah bila anak tu dah lahir, animosity dan anger ditujukan pada anak tu sedangkan bukan salah anak tu in the first place. Salah mak bapaknya. So pemikiran kita patut diubah. Allah s.w.t tak jadikan anak itu untuk dihina atau dicaci sepanjang hidup hanya kerana dilahirkan anak luar nikah. Bukan dia yang nak. Jadi dia patut disayangi dan diajar kejalan Allah dgn betul seperti anak2 lain. Jgn dosa zina itu ditambah dengan dosa menganiaya sampai ke mati..

Herm..mungkin disebabkan terpengaruh dengan budaya asing yang suka melakukan hubungan terlarang sebelum berkahwin. Menyebabkan ramai wanita menjadi ibu muda tanpa sebarang pernikahan. Salah siapa semua ini terjadi ?

Yang paling kasihan adalah anak luar nikah yang tidak berdosa itu yang terpaksa menanggung akibatnya dari perbuatan ibu dan bapanya.

Disebabkan nak menutup aib yang dilakukan. Mereka sanggup membuang anak luar nikah itu..
  1. Di dalam tong sampah.
  2. Ke dalam Sungai.
  3. Tinggalkan didepan rumah orang lain.
  4. Tinggalkan didalam Masjid.
  5. Buang dalam mangkuk tandas.
  6. Tinggalkan di Perhentian bas.
  7. Dalam kotak.
  8. Buang dalam semak.
Nak kata tiada perasaan ketika membuang zuriat sendiri. Memang mustahil, mesti ada secebis rasa sebak ketika membuang zuriat luar nikah tu. Tapi biasanya sekejap je lah.

Tapi apa yang pasti bila kita dah tua nanti. Kita pasti akan teringat pada anak luar nikah yang telah kita buang dulu. Tidak kiralah sama ada anak luar nikah itu masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. Biasanya apa yang kita buat dulu pasti akan berulang.

Di sini aku nak bagi nasihat sikitlah (walaupun aku taklah baik mana pun). Bila kita nak buat sesuatu tu, silalah fikirkan risiko yang bakal ditanggung. Jangan buat ikut sedap nafsu jer. Kelak bukan kita sahaja yang susah. Orang lain pun akan terjebak sama dalam masalah yang kita timbulkan. Jadi beringat-ingatlah sebelum buat sesuatu ya.

Post a Comment

 

Artikel Terkini