Blogspot Pilihan Ku, WordPress Skandal Ku.

May 14, 2012

Hahaha...bila dibaca tajuk semacam jer kan. Okaylah sebenarnya saya nak story sikit kenapa saya masih lagi berblogging dengan menggunakan platform BLOGSPOT. Sedangkan ramai blogger-blogger yang dah berhijrah ke platform WordPress.

Okay, blogspot dipilih bukanlah semata-mata kerna F.O.C (Free of Charge). Sebab saya boleh agak yang anda semua mesti fikir itu adalah alasan utama saya. Tapi sebenarnya bukan itu.

Sebenarnya saya ada juga blog WordPress.org, akan tetapi disebabkan oleh komitmen yang tidak berapa nak ado tu. Maka hosting yang dibeli dari KL Server di peram menjadi pekasam.

Di tambah pula baru-baru ni adalah pakat ramai-ramai dengan kawan-kawan di Group Rakan Blogger 2DayBlogger di Facebook untuk membeli theme "Thesis". Mesti anda tertanya-tanya kan. Tak aktif blogging blog WordPress, tapi dok sibuk beli theme tu buat apa?

D'answer is: Tak aktif blogging blog WordPress pun, kita boleh buat stok simpanan untuk masa akan datang. Manalah tau di masa depan saya ingin berubah angin untuk berhijrah ke WordPress pulakan. Sekurang-kurangnya dah ada theme yang saya suka.

D'Reason Why I'm still stick with BLOGSPOT.

  1. Saya berblogging mengikut MOOD. Kalau ada mood baru saya berblogging. Blog saya ni pun selalu akan bertukar design & di update bila ada mood & idea.
  2. Blogspot lebih mesra pengguna jika nak dibandingkan dengan WordPress. Adalah sedikit malas sebenarnya nak godek WordPress (hehehe).
  3. Orang kata kalau nak berblogging guna WordPress elok guna theme beli (berbayar) dan seelok-eloknya elakkan menggunakan theme free. Tapi sebab saya pula adalah kerna theme WordPress sukar sikit nak edit. I mean part coding. Maklumlah dah terbiasa dengan coding blogspot jadi kekok sikit bila bertukar bahasa coding tu.
  4. WordPress ni macam-macam kita nak kena ambil tahu + belajar. Bukannya boleh suka-suka jer. Biasanya kalau kita migrate from blogspot ke WordPress sebab suka-suka jer. Confirm tak berapa lama kemudian, mesti patah balik ke blogspot.
  5. Saya berblogging pun sekadar nak isi masa lapang sambil tu membina rangkaian sahabat sosial di alam cyber + belajarlah apa-apa yang patut.
So far, tu jer lah kot sebab mengapa saya masih lagi melekat dengan BLOGSPOT ni. Bukan tak nak belajar menggunakan WordPress. Cuma saya ada masalah bab komitmen jer.

psst: ni den nak koba sikit. Kalau nak berblogging menggunakan khidmat WP tu. Please make sure anda semua mempunyai KOMITMEN + USAHA + MAHU BELAJAR. Kalau tak der tu tok sah menggatal nak berWordPress ya. Sekian....

Post a Comment

 

Artikel Terkini