Kahwin Awal vs Kahwin Lambat, Apa puncanya?

May 9, 2012

Topik yang cukup popular dikalangan remaja masa kini. Iaitu topik "Kahwin". Sebut sahaja pasal kahwin, semua senyum lebar sampai ke telinga. Tapi ada juga yang tak suka berbicara soal kahwin ni. Pantang orang tanya pasal kahwin. Pasti akan ada yang meroyan.

Maklumlah bukan semua orang suka ditanya soal kahwin ni. Alasan yang diberi biasanya belum ketemu jodoh. Oleh itu mari kita sama-sama mengulas berkaitan isu "Kahwin Awal vs Kahwin Lambat, Apa Puncanya?

Jom kongsi sebabnya:

Bagi saya orang yang kahwin awal ni kebiasaannya mereka dah membuat persiapan rapi sebelum melayari bahtera perkahwinan, dan boleh dikatakan mereka ini majoritinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Ramai yang suka bila ada yang berbicara soal kahwin muda. Tapi kebanyakkannya hanya suka semata-mata sahaja. Mereka tidak sedar akan apa yang bakal mereka hadapi selepas kahwin. Maklumlah, perkahwinan itukan adalah dituntut dalam setiap agama.

Siapalah yang tidak suka berbicara soal kahwin. Nak-nak lagi pasangan yang asyik dilamun ombak cinta. Wah ala-ala "OMBAK RINDU" gitu.

Tapi sejauh mana bagusnya kahwin awal ni?

Jawapannya kena tanya pada hamba-hamba Allah yang dah kahwin awallah ya. Sebab saya pun tak pasti jawapan bagaimana yang harus diberikan kepada soalan itu. Ini kerana berdasarkan pengalaman ahli keluarga dan saudara yang kahwin awal. Majoritinya sukar untuk bertahan lama.

Ini kerana kebanyyakan yang berkahwin awal akan mula buat perangai selepas 1-3 tahun usia perkahwinan. Ambil contoh pasangan yang berkahwin di usia 18-22 tahun. Majoritinya berlagak bujang walaupun mereka sebenarnya dah berkeluarga (berkahwin). Situasi begini memang sering berlaku pada masa kini. Semuanya berlaku gara-gara terlalu ghairah untuk berumah tangga dan tiada perancangan yang rapi.

Bab kahwin lambat pula. Antara penyebab ramai yang kahwin lambat adalah disebabkan tiadanya komitmen dan belum mampu untuk memikul tanggungjawab. Ini kerana sesuatu perkahwinan itu bukan boleh dipandang remeh. Ianya memerlukan perancangan serta komitmen yang besar.

Kahwin Awal:

  1. Mereka berkahwin sebab mereka sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan mereka juga sudah bersedia untuk memberikan komitmen yang sepatutnya.
  2. Modal untuk kahwin sudah mencukupi. Mereka bijak menguruskan aliran tunai mereka.
  3. Sudah sampai seru, jadi kahwin awallah. Buat apa nak tunggu lama-lama.
  4. Terlanjur dalam percintaan <-- yang ni adalah sebab musabab kenapa ramai pasangan kahwin awal.

Kahwin Lambat:

  1. Duit tak cukup lagi. Biasanya sebab wang hantaran tinggi bebeno katanya. (kenapa masa bercinta tak reti-reti nak kumpul duit? dah rancang nak kahwin baru sibuk nak cari duit untuk hantaran. Jadi siapa yang harus dipersalahkan?.).
  2. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri dan sebagai menantu. (he2 saya termasuk dalam golongan ini).
  3. Tiada komitmen dalam sesuatu hubungan percintaan.
  4. Terlalu memilih. (Yang ni bukan semua okay, hanya segelintir sahaja).
  5. Kena "REJECT" oleh keluarga bakal mertua. Yang ini base on my relative experience.

Kesimpulan:

Kahwin lambat atau cepat. Sebenarnya itu bukanlah kunci kepada kebahagiaan sesebuah mahligai yang dibina. Ini kerana kunci kepada kebahagiaan sesebuah mahligai adalah berdasarkan:
  1. Tanggungjawab.
  2. Komitmen.
  3. Persediaan dan perancangan.
  4. Niat.
  5. Sikap dan sifat / keperibadian setiap pasangan.
Saya lihat ramai yang tidak tahu merancang perkahwinan mereka dengan betul. Mojoritinya terlalu teruja hendak berumah tangga sampaikan sanggup berhutang demi memenuhi impian untuk membina mahligai bersama yang tersayang.

Awal-awal mungkinlah sayang, bahagia, dan gembira. Esok + lusa + tulat, yang wangi pun dikatanya busuk. Masa di awal perkahwinan tu memang semuanya indah belaka. Tapi jika berkahwin tanpa kunci-kunci diatas. Ianya akan bertukar menjadi "Penderitaan dalam kebahagiaan".

Tanggungjawab yang perlu dipikul dalam sesuatu perkahwinan:
  1. Tanggungjawab sebagai suami/isteri.
  2. Tanggungjawab sebagai menantu.
  3. Tanggungjawab sebagai ibu/bapa (ni bila dah ada cahaya mata).
  4. Tanggungjawab sebagai anak.
Orang bujang dengan yang dah kahwin. Besar bezanya tanggungjawab yang ditanggung. Kalau belum bersedia untuk memikul tanggungjawab, lebih baik buat persiapan diri dulu sebelum membuat keputusan untuk bernikah dengan anak DARA vs TERUNA orang okay. Jangan terlalu ikutkan nafsu semata-mata. Sekian, Terima Kasih.

Post a Comment

 

Artikel Terkini