As Salam. Hari ni M'Rie nak berkongsi dengan anda semua tentang "Tips Memilih Deodorant / Body Spray". Jangan pula ada yang kata tak tahu apa itu deodorant kan.
Okay Deodorant itu adalah satu produk untuk menghilangkan bau badan, atau lebih tepat lagi ianya adalah produk penjagaan diri untuk cover bau badan manusia. Maklumlah zaman sekarang ni ada bermacam-macam manusia yang mempunyai tahap bau badan yang berbeza. Ada yang mempunyai masalah bau badan dan ada juga yang bebas bau badan.
Tapi hari ini M'Rie nak kongsikan pengalaman
M'Rie dalam menggunakan deodorant dari 3 jenama yang pernah M'Rie gunakan. Antara jenama deodorant yang pernah M'Rie gunakan adalah BRYLCREEM, AXE, & DASHING (latest punya).
Di sini M'Rie akan suggest pada anda untuk menggunakan deodorant dari jenama BRYLCREEM & DASHING. Ini kerana base on my experience, kedua-dua jenama ini memang produknya tidak dinafikan kehebatannya. Maksud
M'Rie, produk dari 2 jenama ini memang terbukti tahan 24 jam.
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan deodorant AXE. Ini kerana deodorant berkenaan tidak tahan 24 jam. Ianya hanya dapat cover bau badan untuk tempoh 8 jam macam tu. Bukan M'Rie nak buruk-burukkan jenama AXE. Tapi
M'Rie berkata di atas pengalaman
M'Rie sendiri ketika menggunakan deodorant keluaran AXE. M'Rie sudah mencuba 2 varian deodorant AXE yang mempunyai 2 jenis wangian yang berbeza. Ternyata kedua-duanya gagal memikat hati M'Rie untuk terus menggunakan produk berkenaan. Jadi M'Rie telah membuat keputusan untuk mencuba Deodorant Dashing. Alhamdulillah setakat ini produk Dashing yang M'Rie gunakan amat berbaloi bila membelinya.
Maaflah M'Rie tak dapat nak upload gambar deodorant BRYLCREEM. Sebab dah puas M'Rie cari gambar deodorant berkenaan. Tapi tidak ketemu. Harap apa yang M'Rie kongsikan ini dapat membantu anda memilih deodorant yang bersesuaian dengan diri anda.
Picture Credit: dR Selebriti & MOJO Savings.
Post a Comment