Blogger Belia Blogger Cool

February 7, 2013

BLOGGER BELIA, BLOGGER COOL | Dah lama rasanya tak join aktiviti blogger anjuran blogger lain. Hari ni terasa nak join pula. Kali ni aku akan join aktiviti blog yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu blogger Hasrul Hassan untuk kali yang ke 2.

Nama Blogger:

Nama blogger yang aku gunakan sekarang adalah M'Rie R'Nie. Ini bukan nama palsu tau, nama ni adalah singkatan kepada nama penuh aku. Al maklumlah dalam dunia maya ni, bukan semua orang akan guna nama sebenar merekakan.

Apa-apapun diawal pembabitan aku didalam dunia blog ni. Aku pernah menggunakan beberapa nama samaran seperti:
  1. D'Rebornz.
  2. Budak Melayu Jawa.
  3. Ainoreiz.
  4. Ainoreiz87.
  5. Budak Jawa.
  6. Blogger Melayu Jawa.
  7. D'Rebornz Boyz.
  8. Sembang Cyber.
Di atas tu adalah antara nama yang aku ingatlah. Tapi aku tak pasti kalau ada nama lain yang pernah aku gunakan. Tapi sekarang aku guna nama M'Rie R'Nie.

My Blog Tag Line:

Tag Line blog aku adalah "All In One Blog", yang membawa maksud semuanya didalam 1 blog. Ini kerana niche blog yang aku mahu ketengahkan bagi blog "SembangCyber.com" adalah bersifat "GENERAL".

Blog aku bukanlah blog yang mengamalkan ataupun membawa niche tertentu (specific niche). Ini kerana sampai bila kita nak pinggirkan niche GENERAL? Siapa lagi yang nak bangunkan niche GENERAL kalau kita sendiri takut nak majukan blog berniche GENERAL.

Umur Aku:

Tepat 1:15pm pada 22 Februari 2013. Aku akan berumur 26 tahun dan aku masih bujang tarantangtang okay.

Sebab Kenapa Aku Cool?

Herm..aku pun tak tau aku ni cool ataupun tak. Dari apa yang Bro HH terangkan. Aku boleh katakan yang aku ni akan tolong mana-mana blogger yang minta tolong dengan aku. Terutamanya berkaitan permasalahan "BLOGSPOT". WordPress aku kurang sikit, sebab dulu aku ada juga blog WordPress. Tapi disebabkan komitmen terhadap dunia blogging yang tak berapa nak hado tu. Makanya hosting yang aku sewa dulu terbiar seperti rumah terbengkalai sampailah kena sita semula oleh tuan empunya hosting.

Aku suka berkawan tapi tak taulah orang suka berkawan dengan aku ataupun tidakkan. Sebab pada aku kawan itu penting jika nak survive dalam dunia blogging. Kalau tiada kawan, susah kot nak survive dalam dunia arena blog yang serba mencabar (mencabar ke?..hehehe).

Segmen HasrulHassan.comAku juga suka skodeng blog yang aku follow. Kadang-kadang aku sekadar membaca tanpa meninggalkan komen. Sebab adakalanya aku tak tahu nak komen apa lepas baca. Tetapi adakalanya aku ni gila sikit semasa mengomen blog orang. Ini kerana bila penyakit gila komen aku datang, aku akan komen panjang berjela. Antara blogger yang pernah mendapat komen panjang sepanjang jambatan Pulau Pinang adalah Bro +Hanif Idrus dan Bro +hasrul hassan .

Okaylah..kalau diikutkan sepatutnya aku kena buat artikel pendek-pendek jer. Tapi aku ni tak biasa buat artikel pendek-pendek. Jadi..ya enggak apa-apa sih. 

Kalau nak join Silalah klik gambar sebelah tu ya. Tapi jangan pula kau orang taip panjang berjela macam aku ya. Al maklumlah lain orang lain stylenya. So jadilah diri sendiri dan bina identiti blog anda sendiri.
AMARAN:
Jika ada blogger yang join segmen yang sama dan jika anda ingin meninggalkan komen di dalam blog ini berserta link artikel anda tu. Sila ikut format komen disini. Mana-mana komen dari peserta yang menyalahi etika komen blog ini, akan di delete serta merta dan tidak akan diapprove selama-lamanya.

Jika saya boleh menghormati anda. Mengapa anda tidak boleh menghormati saya. Saling hormat-meghormati itu bagus untuk mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Sekian, Terima Kasih.

Post a Comment

 

Artikel Terkini