
Haha..apa pasallah segelintir pengguna facebook ni terlebih bangang. Dah terang-terang benda alah tu spammed. Lagi mau klik ke?
Siapa klik link tu memang dia lah manusia
Ingat senang-senang ke orang nak bagi Top Up RM5 hanya dengan klik benda alah tu. Nonsense la wei. Lainlah kalau jawab survey dapat Top Up RM5, yang ni aku percayalah sebab aku pernah buat dan betul-betul dapat Top Up RM5 tu.
Tapi kalau application FB memang jangan haraplah aku nak klik. Sebab aku dah tahu yang benda tu gerenti akan buat onar di "GROUP FB". Benda-benda macam tu buat semak dan buat sakit hati jer.
Apa yang menghairankan aku. Depa-depa yang dah pernah klik benda alah tu. Kenapa BODOH dan BANGANG sangat? Dah terkena KENCING
Gambar atas ni pun satu lagi trik bodoh yang digunapakai untuk upkan Like Fan Page oleh si Psychopet FB. Baca dari ayat yang digunakan pun kita dah boleh tahu yang application FB tu KAKI KENCING BERDIRI TEPI JALAN RAYA. Dah terang lagi bersuluh dengan "Torch Light" pun masih tak nampak lagi yang diri tu sudah "Tipah Tertipu Bang".
Orang lain pun ada akaun FB juga. Tapi tak der ar macam kamu..kamu...dan kamu yang mudah tertipu. Itulah mentaliti orang kita. Pantang dengar benda FREE/MURAH/SALE/DISKAUN, confirm mesti sangkut punyalah. Walaupun orang tu berpelajaran tinggi dan berilmu. Tapi dek dibutakan oleh ayat yang TERLEBIH LUAR BIASA tu, makanya..TIPAH TERKONO TIPU BANG.
Apa-apapun aku nak nasihat sikitlah kepada sesiapa sahaja yang sudi dengar dan patuh nasihat ni. Jangan sesekali klik link-link yang mencurigakan. Nak-nak lagi link-link seperti didalam gambar tu. Semua tu khayalan jer. Sudah cukup sudah lah kamu menyusahkan orang lain dengan kebijaksanaan kamu tu.. Kamu yang buat hal, orang lain yang terkena tempiasnya.
Memang tak dinafikan aku dulu pun pernah buat aksi bodoh macam kamu semua. Tapi tu dululah, time masih NOOB dengan benda alah tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah tobat. Aku berharap kalian pun bertobat sama ya....
Post a Comment