FAQ SPM Persendirian (Part 1)

July 8, 2012

Perlu ke mengambil kelas tuisyen?

Persoalan ini sering bermain di minda para calon SPM Persendirian. Di mana mereka sering tertanya-tanya, perlu ke ambil kelas tuisyen?

Sebenarnya ianya adalah pilihan sahaja. Ianya tidak wajib pun. Terpulang kepada calon, sama ada mereka ingin mengambil kelas tuisyen atau pun tak.

Ini kerana bukan semua mampu belajar sendiri. Tapi dinasihatkan buat mereka yang dah lama meninggalkan alam persekolahan. Anda dinasihatkan untuk mengambil kelas tuisyen. Ini adalah untuk mengelakkan anda "Blurr" ketika anda ingin menjawab kertas peperiksaan. Al maklumlah peperiksaan zaman sekarang tak sama dengan peperiksaan zaman dulu.

Bagaimana & Di mana nak mendapatkan Sijil SPM Persendirian?

Sijil SPM Persendirian yang "ORIGINAL" boleh dituntut di Jabatan Pelajaran Negeri pada akhir tahun keputusan SPM dikeluarkan.

Contoh: Jika anda mengambil peperiksaan pada November 2011. Maka keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada Januari - March tahun berikutnya iaitu 2012. Tapi pada waktu itu anda hanya akan memperolehi Slip Keputusan SPM sahaja.

Sijil ORIGINAL hanya boleh dituntut pada penghujung tahun 2012.

Apa jadi jika saya tidak menghadiri peperiksaan?

Ianya mudah sahaja. Anda tidak hadir pada hari peperiksaan. Maka anda dikira "GAGAL" bagi keseluruhan peperiksaan. Bila dah gagal, maka anda perlu mengucapkan TAHNIAH pada diri anda diri sendiri kerana anda telah pun "KERUGIAN".

Maksudnya anda telah rugi dari segi:
  • Wang ringgit yang telah anda laburkan (yuran peperiksaan, yuran tuisyen, buku-buku rujukan, & lain-lain kos lagi).
  • Masa - yalah anda telah membuang masa dengan pergi kelas tuisyen. Lepas tu anda tidak hadirkan diri pada hari peperiksaan. Jadi anda telah membuang masa membuat sesuatu yang sepatutnya anda buat.

Apa jadi kalau saya tidak hadir pada Ujian Lisan?

Sama sahaja seperti persoalan diatas. Anda akan dikira "GAGAL" bagi subjek yang berkaitan dengan Ujian Lisan.

Kebiasaannya calon yang tidak hadir pada sesi Ujian Lisan adalah disebabkan Pusat Peperikssaan yang jauh dari tempat tinggal. Tapi sebenarnya calon boleh menukar Pusat Peperiksaan yang berdekatan dengan mereka sebelum tarikh peperiksaan. Jangan tunggu disaat-saat akhir, kerana Jabatan Pelajaran Negeri tidak akan membenarkannya.

Pastikan anda "alert" dengan tarikh Ujian Lisan.

Etika pakaian.

Pakaian ketika menghadiri peperiksaan adalah FORMAL. Kebiasaannya calon lelaki memakai baju kemeja ataupun T-Shirt berkolar dan berseluar slack. Manakala calon wanita pula digalakkan memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
Anda harus ingat. Anda datang untuk menjawab kertas peperiksaan. Bukan datang untuk tayang "BODY".
Wajib memakai kasut tidak kira lelaki mahupun wanita. Dilarang memakai selipar/sandal. Pakain "JEANS TYPE" juga dilarang sama sekali.

Senarai sekolah SPM Persendirian.

Sebenarnya tiada sekolah khusus buat calon SPM Persendirian. Ini kerana calon akan ditempatkan di mana-mana sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal calon (tempat tinggal terkini).

Namun ianya bukan mandatori. Di mana calon masih boleh memohon untuk menukar Pusat Peperiksaan dengan mengemukakan "Surat Tunjuk Sebab" kepada "Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri" masing-masing.

Post a Comment

 

Artikel Terkini