Artikel kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda. Berkaitan isu sesetengah pengguna yang menggunakan produk rawatan secara dalaman. Merungut bila mereka tidak memperoleh hasil yang mereka inginkan terhadap produk rawatan yang diambil.
Di sini kita akan ambil contoh produk rawatan dalaman untuk "JERAWAT". Iaitu DR-II keluaran Herba Prima Marketing milik Dato Dr. Rozmey.
Kenapa tiada perubahan selepas habis sekotak?
Buat pengetahuan semua. Produk rawatan secara dalaman kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan ataupun hasil yang positif jika hendak dibandingkan dengan produk yang merawat secara luaran. Ini kerana produk rawatan secara dalaman juga dikenali sebagai "Soft Healing" dimana produk berkenaan menjalankan fungsinya secara lembut.
Kebiasaannya jika produk yang digunakan tidak memberikan kesan yang positif. Ini adalah disebabkan kita perlu mengambil produk berkenaan secara konsisten dan berterusan. Apa yang paling penting adalah, kita perlu menjaga pantang larang yang berkaitan dengan produk yang diambil.
Biasanya ramai pengguna yang memandang remeh akan pantang larang yang diberi. Biasalah tu, bukan semua mampu menahan diri dari melanggar pantang larang. Termasuklah saya sendiri. Tetapi kita harus belajar untuk mematuhi pantang larang jika inginkan hasil yang positif. Tidak kiralah apa pun produk yang kita ambil. Jika pantang larang tidak diamalkan. Apa yang kita buat hanyalah sia-sia sahaja.
Apa patut saya lakukan?
Anda perlu meneruskan pengambilan produk rawatan berkenaan secara berterusan sehinggalah ianya memperlihatkan hasilnya.
Saya sendiri sudah masuk kotak yang ke-3 (DR-II) dan bakal menempah lagi DR-II untuk stok bulan seterusnya. Ini kerana hasil yang saya perolehi telah menunjukkan tanda-tanda perubahan yang positif. Dan saya berhasrat ingin meneruskan lagi pengambilan produk DR-II sehinggalah wajah muka saya kembali seperti ketika saya berusia 12 tahun.
Ini kerana diusia saya 12 tahun muka saya masih elok dan muka saya mula berjerawat bermula pada usia 13 tahun.
Sebenarnya apa yang diperlukan untuk merawat kulit muka yang berjerawat ini adalah:
- Niat.
- Tekad.
- Usaha.
- Berulang & Berterusan.
- Komitmen.
- Kesabaran.
- Kepatuhan (Berkaitan pantang larang).
Jikalau tiada 7 yang diatas. Memang susah nak memulihkan kulit muka yang berjerawat kepada kulit muka yang kita inginkan. Ingat...tiada apa yang mustahil didunia ini. Hanya orang yang bodoh sahaja hanya tahu menunggu penyelesaian datang bergolek kepada mereka. Dalam dunia ni tiada apa yang akan datang kepada kita jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.
Post a Comment