Hari ini M'Rie nak berkongsi dengan anda tentang template D.I.Y Theme: Thesis For Blogspot yang dihasilkan oleh seorang blogger Malaysia iaitu Shah Danial owner blog forblogger.

Okay di disini M'Rie sertakan screen shot rupa "Thesis Theme For Blogspot". Template berkenaan simple dan ringan. Ini kerana template berkenaan hanyalah memfokuskan kepada penggunaan gabungan warna. Hanya header sahaja menggunakan elemen image/gambar. Lain-lain bahagian, kebanyakkannya hanya bermain dengan elemen warna sahaja.
Template ni juga amat mesra pengguna dari segi design. Di mana kita boleh menambah pelbagai fungsi tambahan seperti related posts, menukar navigation menu, menambah baik ruangan comment, mengubah penampilan sidebar, dan macam-macam lagilah yang anda boleh ubah dengan template ni.
Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang template ni. Anda bolehlah ke SINI. Anda juga boleh mencuba memasang template ini ke dalam blog anda. Sila klik sini untuk mendownload template berkenaan. Template ini juga mempunyai laman support sendiri, anda boleh pergi ke sini.
Akan datang, M'Rie akan share dengan anda rupa Thesis Theme For Blogspot yang telah diubahsuai oleh
M'Rie sendiri. Di mana M'Rie telah menambah related posts di bahagian bawah post blog. Ini termasuklah beberapa elemen yang M'Rie telah buang dari theme berkenaan, seperti elemen bottom border dan banyak lagi. Jadi nantikanlah perkongsian seterusnya berkaitan Thesis Theme For Blogspot dari M'Rie .
Post a Comment